Gambo dan cerita raya tahun ini. Mari kita saksikan. Gambo dulu cerita kemudian. Jom sambung cerita. Sengaja letak gambo kek lapis warna-warni di permulaan cerita. menarik kan? Hehe... Alhamdulillah dapat beraya di dua-dua kampung pada tahun nih. Turun dari epot KLIA, adik kembar datang ambik dan terus pulang ke kampung (tanpa sempat ambik barang-barang di rumah BM). Sempatlah sampai ke kampung sebelum waktu berbuka. Alhamdulillah. Kali ni takde sewa kereta bagai. Hanya menumpang kasih adik!
Tahun ni jugak, adik no.3 balik beraya di kampung suaminya di Santubong nun. Jadik Hadi beraya sorang tanpa Rayyanlah nampaknya (cucu mak abah baru dua orang). Adik lelaki pulak kena bertugas di hospital hingga raya kesebelas tanpa cuti! Hmm..sedih gak mengenang bila mereka jauh di mata. Tapi duit raya untuk anak buah tetap hado!
Hmm..dapnyer kek lapis...
mak dan abah...
Hadi bergaya sorang-sorang tanpa Rayyan..sian dia
Abah dan menantu...makan ketupat bagai selepas balik dari masjid
Encik suami tengah ambik gambo (gambar henpon). Gambar kamera lum sempat muat naik..hehe
Posing sakan nampak!
mak abah (nenek) aka embah Kayah...
Jom layan makan kuih dan bermaaf-maafan
Kat rumah nenek satu lagi (mak emak).
Geng laki tengah makan
Kanan sekali nenekku aka embah Zaitun...manis
senyumannya duduk di sebelah anak-anaknya (5P1L)
Makcik no. 3 dan keluarganya. Dah besar-besar anak-anaknya. Dulu ingat lagi masa kecilnya. Sekarang dah jadi anak dara yang cantik!
Dengan isteri sepupu lelaki (baju merah kanan)
Gambar kiri: Sepupu lelaki dengan maknya sekali.
Gambar kanan: Sepupu lelaki dan isterinya
Anak buah (anak sepupu)
selipar kasut tetamu yang bertandang ke rumahku..alhamdulillah...
Projek Nasi Kabsah
Atas permintaan abah, kami tunaikan. Buat nasi ni pada petang hari raya hokey! Aku membeli barang dan membantu encik suami memasak nasi kabbsah ayam nih - bersilat kami kat dapur. Kata abah, nak bagi pakciknya rasa. Sekali gus kami hidangkan buat tetamu - sepupu dan makcik sedara yang akan bertandang sebelah malam. Alhamdulillah cukup untuk mereka semua makan.
Alhamdulillah dapat memenuhi selera depa...
Layans tetamu makan
Sambung beraya hari kedua pastu balik Kuantan pulak.
Alhamdulillah, abah bagi pinjamkan keretanya sebab dah cakap siap-siap kat abah nak pinjam kereta untuk balik kampung kat Kuantan pulak. Hari raya kedua sambung beraya jap di rumah nenek sedara dengan keluarga. Pastu terus balik ke Kuantan ikut jalan Segamat-Muazam. Sempat singgah di rumah Mak Su dan rumah kawan encik suami di Jaya Gading, Kuantan. Aku yang memandu sepanjang perjalanan sebab tak puasa (uzur), encik suami dah mula puasa sunat.
Inilah nenek sedara kami. Rumah asal kami dulu sebelah rumahnya. Seorang yang baik hati dan penyabar. Keluar beraya pun dah nak dekat 10 pagi, kami dijamu dengan makan tengah hari yang hebat dan sedap. Alhamdulillah, semoga bertambah banyak rezeki tuan rumah.
Inilah hidangan spesel yang dijamu kepada kami - kupang sambal, kari ikan dan sup ayam
Jom makan ramai-ramai...
Muka toye Hadi nak makan kupang...haha
Gambar bawah: Inilah rumah lama kami. Abah dah jual dengan nenek sedara dan telah disewakan.
Gambar bawah ni keluarga Abg Da/kakak ipar sekeluarga. Kami sampai semalam, esoknya mereka dah balik sebab kak long nak naik keje hari Rabu. Alhamdulillah dapat jumpa pada tahun ini walaupun singkat. Adik suami tak balik beraya pada tahun ni, kami je temankan abah hingga raya keempat.
Sempat beraya di rumah Encik Ghazali-kawan abang di UiTM dulu-sekarang dah pindah Kuantan.
Beraya jugak di rumah mak-mak sedara.
Gambar bawah ni adik arwah mak mertua (sorang je lelaki-Ayah Chik).
Kat sebelahnya pula Mak Teh.
Hadi jumpa Rayyan
Apa cite! Royyan balik ke kampung hari raya kelima. Dapatlah dua sepupu ni berjumpa. Macam-macam perangai bila bergabung. Mereka jarang jumpa namun masih mengenali..hehe. Si Rayyan pulak tuh tangannya melebuh terkena ekzos kat rumah jiran sebelah. Pulak! Bagusnya Royyan ni bila terkena luka sesuatu ke, diam je dan tak menangis bagai. Hailah cucu. Dua hari sebelum Royyan balik, si hadi plak terkena serpihan meriam buluh kat umah jiran dan terkena betisnya, syukur tak serius. Macam-macam hal lah cucu tok Amir ni tau.
Hanya sempat jumpa dan bergaul mesra tak sampai 24 jam, Hadi nak kena balik Langkawi dah. Sian Rayyan sorang-sorang plak ye. Aku dan suami menumpang Ani balik ke utara - singgah di BM. Begitulah orang hidup di perantauan, bila balik banyak menumpang kasih sudara mara.
Ok dah habis cerita beraya. Kehidupan kami di BM tanpa ada kenderaan nak ke mana-mana. Memang patah kaki. Nak sewa kereta macam biasa, penyewa lum balik lagi. Syukurlah Kak Zainab sekeluarga menjemput kami beraya aka berbuka puasa kat rumahnya. Alhamdulillah. Terima kasih kak Zainab sekeluarga kerana sudi menjemput kami makan dan sempatlah kami solat Maghrib dan Isyak berjemaah.
Sebelum tu moh kita bersihkan mesin basuh automatik kita nih yang tak pernah aku bersihkan sejak mula beli. Mudah je nak buat, tekan je "Tub Hygiene" dan "Start". Tak payah tunggu sebab mesin ni akan "bersihkan diri" selama dua hingga tiga jam - kasi bersih ini mesin! Alhamdulillah selesai operasi, ringan je rasa mesin bila diguna pakai. Tak percaya, jom cuba buat pembersihan ini! Macam badan kita juga, kalau tak diurut ke bekam bagai, rasa berat je sebab banyak toksin dalam badan kans!
Antara hidangan yang disediakan tuan rumah- Kak Zainab.
Nasi dan lauk-pauk dan soto. Alhamdulillah
2 ulasan:
selamat hr raya su!
meriah kan!
kek Sarawak tu..cantik dlm bekas
Tengkiu Kak D..hihi. Selamat Hari Raya juga buat Diana sekeluarga.
Alhmdlh meriah...hehe..kalau dapat makan lagi sodap..hehe
Catat Ulasan