Jumaat, 6 Mei 2011

Tajaan makan malam

5 Mei 2011 - 8.30 malam
Alhamdulillah, setelah puas mendengar ceramah sebelah siang, pada sebelah malamnya telah diadakan majlis makan malam (esok malam ada lagi) tajaan pihak Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) di hotel yang sama. Hidangan yang disajikan ala makanan Cina, satu demi satu makanan dihidangkan. Antara gambar hidangan yang sempat disnap...



senarai hidangan untuk makan malam


minuman kordial (oren) dan teh cina
- dah lama tak pakai copstik-akhirnya pakai sudu dan garpu juga

kombinasi hidangan panas dan sejuk

sup timun laut
 
nasi goreng ala Cina dan ayam goreng dimasak sos lemon

ikan siakap stim masak halia dan bawang putih
 
Daging masak lada hitam (tapi rasa kicap je yang lebih)
**tiada dalam gambar, sayur kailan/ cendawan dan buah-buahan

   Para peserta di meja kami semuanya hantu cili. Namun, hanya lada besar (cabik) yang dapat dihidangkan. Habis bekalan lada besar (merah), kami minta dengan pelayan untuk ditambah . Semasa kami minta, pelayan tersebut menjengilkan mata macam kurang senang dengan permintaan kami. Dalam keterpaksaan, beliau menurut kemahuan kami (itulah susahnya bila kami semua suka makan pedas - kan hidangan Cina tidak pedas) dan yang lucunya apabila pelayan tersebut telah meletakkan tambahan cili yang agak banyak (macam tak puas hati sahaja). Perkara ini menjadi bahan gelak kami. Dengan tidak seriknya, kami meminta tambahan cili untuk kali kedua - tetapi dengan pelayan yang lainlah...hhmm..


inilah gambar lada yang diberi oleh pelayan-ambik ko! 
padan muka kami, tapi kalau malu, tak rasa pedas pulak 
   Majlis berakhir pukul 10.30 malam dengan diselangi persembahan karaoke dan tarian kebudayaan. Terima kasih urus setia dan penaja!
   Tunggu hidangan yang lain untuk makan malam esok hari - malam penutup sebelum pergi ke rumah keluarga angkat di Kampung Penan Muslim.

lampu unik

Cuma nak berkongsi dengan rakan semua sebelum tidur ni. Ditonjolkan lampu bilik penginapan kami yang agak unik. Jangan terpeluk lampu ni bila bangun pagi sudahlahkan..hehe..


Kalau berminat, sila pasang yer. Semoga gambar ni menjadi inspirasi untuk mendekorasi bilik tidur atau ruang tamu masing-masing. Selamat mencuba! 

sambungan perjalanan

5 Mei 2011
Selepas mendarat di Lapangan Terbang Bintulu (buat kali pertamanya), cuba mencari rakan dalam satu teksi untuk ke Hotel Regency. Alhamdulillah, berjumpa dua orang pegawai JAKIM yang baik hati. Bersama mereka ke bandar Bintulu (terima kasih ustaz Azhar dan ustaz Mizi)- mendaftar di lobi hotel - dengan urus setia yang setia.

Lapangan Terbang Bintulu





selamat datang...


pintu keluar selepas ambil bagasi

Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel tersebut, hhmm keadaan hotel nampak biasa sahaja, dan hampir dua jam menunggu untk masuk ke bilik (proses pembersihan). Nah, bila masuk ke bilik yang ada, alhamdulillah puas hati juga. Cantik dan kemas.

gambar amatur dari dalam teksi-sebahagian bandar Bintulu


selamat datang

bilik penginapan-cantik dan selesa
Ceramah demi ceramah dan pembahagian kumpulan telah dibuat. Memilih penghulu dan timbalan penghulu dalam kumpulan orientasi ini yang dibahagikan kepada empat kumpulan. Uniknya, para peserta dari seluruh semenanjung dan Sabah- dari Perlis sampailah ke Sabah!
mula-mula, peserta dikumpulkan mengikut negeri dan sesi
memperkenalkan tiga keunikan negeri masing-masing

pelantikan penghulu dan timbalan penghulu dengan pemudah cara yang ceria


pemilihan mc untuk pengerusi sesi

pembahagian kumpulan - 4 kumpulan dengan nama berbeza,
antaranya oni kaba muk (bahasa Iban mungkin-nanti ku semak ok...lupa bah...
Setakat ini untuk entri kali ini. Terima kasih tuan dan puan.Tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari lahir buat adikku, Siti Shariha (050584). Semoga Allah melindungi, merahmati dan memberkati hidupmu...amin...

Khamis, 5 Mei 2011

satu permulaan

4 Mei 2011 - malam
Walau ngantuk tahap gaban, kugagahi jua untuk menambah nyentri malam nih, manalah tahukan nanti ada orang rindu dengan catatanku..cewah, perasanlah pulak. Masa entri nih ditulis, mata berada pada tahap nyawa-nyawa ikan. Ceramah yang disampaikan sebentar tadi ok, tapi mata dan badan yang penat menanggung seksa mengantuk.
   Tapi kiranya hari ini merupakan satu permulaan kursus sebelum yang seterusnya esok, lusa, tulat dan akan datang. Tanpa menghampakan kawan-kawan, jom tengok pemandangan lapangan terbang dan awan (memang suka ambil gambar awan) - cuma sayang tak mengenali lagi nama-nama awan. Insya-Allah di lain masa, jika berkesempatan akan cuba mengenali nama-nama awan.


Masih di Kuching-sebelum berlepas
  
waktu pagi


nak sampai Bintulu



subhanallah- kebesaran-Mu Ya Allah

dan lagi-hampir nak mendarat

sinar pagi

hampir nak mendarat
Kita sambung cerita dalam entri lain k. Banyak sangat gambar nak dimuatkan.

Rabu, 4 Mei 2011

Rezeki...Kalupis (kelupis)

Selasa - 3 Mei 2011
Entri akhir untuk hari ini ialah berkaitan rezeki yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah. Tetiba ada suara memberi salam, rupanya anak mak apak (Azfa, Yahya dan Odin) lalu menghulurkan kepada kami sedikit kuih - terima kasih sebab tolong hantar yer. Dah namanya orang tua yang sayangkan anak-anak (termasuk anak angkat kiranya), tak lupa mengirimkan kuih untuk kami berdua. Terima kasih mak apak.
    Inilah kuihnya - kalau di Sarawak, orang panggil kuih 'KALUPIS' (kelupis). Kuih ni berasaskan pulut dan dibungkus dalam daun palas. Sempatlah kami menyantap sebarang dua butir dengan pencicah serunding daging (stok yang ada). Selepas tu jenuhlah nak tunggu makanan nih masuk perut dan hadam sebaiknya - nak tidur pukul berapa ni wei..esok nak bangun awal...hhmm..

sebelum dibuka...

selepas dibuka...nyaman....
 Alhamdulillah. Terima kasih atas rezeki-Mu Ya Allah.

Selasa, 3 Mei 2011

Makan hidangan 'eksotik'..

Wah..macam menarik sahaja tajuk entri kali nih. Sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman. Sememangnya kalau bermalam di rumah mak dan apak, tak sah kalau tidak dihidangkan dengan makanan yang pelik-pelik dan hidangan midin memang wajib ada. Cuba tengok gambar ni betul-betul.


gambar golap...

gambar terang dan jelas...
Opo bondonya namanya benda nih. Macam siput jer. Hah betul.. memang siputpun. Macam siput gondang je kan. Ni ala siput sedut cuma bentuknya bolat. Kalau di Sarawak, kita panggil siput ni 'KERIKAP' ye tuan puan (taklah eksotik sangat-cuma tak pernah makankan-nak bagi gempak tajuk entri jer). Tapi kalau nak makan, kita sedut dan sedut memang susah nak keluaq. Jadi, macam mana nak keluarkan isinya ye tuan dan puan? Kalau anda pakar orangnya, cuma perlu ketuk-ketuk siput ni di tapak tangan untuk keluarkan isinya.
    Kalau nak lagi pakar dan cepat untuk keluarkan isinya, kita gunakan garpu ye tuan dan puan. Puaslah aku menyantap benda nih sebabnya ada kakakku yang baik hati, dengan rela hati mengeluarkan isi dan memberi padaku untuk dihabiskan, 'sayang katanya'. Justeru, aku dapat menikmati 'sepuasnya' isi siput nih (nasib baik tak sakit perut!). Kemudian, tak lupa hidangan udang galah (memang tak tinggal kalau ada bekalan dari penangkap udang). Alhamdulillah.
udang galah saiz kocik..masak merah pecah telur...

Nak bermanja...

Oleh kerana esokku akan berkursus dan bertapa di Bintulu selama enam hari, makanya hari ini menjadi hari kemalasanku untuk masak-memasak. Kiranya nak bermanja-manja dengan encik suami sebelum duk berjauhan seketika. Aku pujuk encik suami makan di pakcik key ef cy - makan set chicken chop, lagi-lagi ada jagung, walah-walah kegemaranku itu. Pastu satu set ambik belian beg beroda sekali, boleh gitu. Alhamdulillah kenyang dengan rezeki-Mu ya Allah. Inilah hasilnya. Nak goda kak Mohaini agar makan set nih selepas nih..hehe..
hasil tangkapan-nasib baik sempat snap..hehe

hasil tangkapan sampingan..sebelum dibuka...

selepas dibuka..inilah hasilnya, siap ada roda lagi...puas hati...
Makanya, tuan dan puan, silalah mencuba hidangan baru dari pakcik key ef cy ni yer dan jangan lupa 'merembat' beg tersebut (ada dua warna- kelabu dan merah), beg serba guna dan sesuai untuk ke pasar! dan regenya rm8++ sahaja .....alhamdulillah.

Teh C Peng

Selalunya asyik tunjuk air Teh C Peng yang dah siap ode je. Pada kali ni, sebelum saya pergi berkursus ke Bintulu selama enam hari ini, saya akan tunjukkan macam mana nak polahnya (buat). Sebenarnya tak susah nak polahnya (hasil tunjuk ajar En Azfa - anak mak apak). Jadi, boleh jimatkan wang kita ye tuan puan. Saya dapati juga, harga di kedai pun berbeza-beza - walhal rasanya lebih kurang jer - dan memang sedap pun. Setakat ini, kalau jumpa atau minum di restoran, paling murah harganya RM1.90 dan paling mahal RM3.00 (bergantung pada status kedai dan 'keglameran' kawasan jualan). Bukan setakat teh, kopi pun boleh buat juga ye tuan dan puan.

Mula-mula, sediakan gelas, dan masukkan pekatan 'wheatgrass'
dan sukatan serupa dalam gambar..

Tambahkan ais, kemudian masukkan susu cair lebih setengah gelas.....

masukkan bancuhan teh...
..dan tambahkan ais lagi..taraaa...dah siap...
Oh ya, satu lagi, selain 'wheatgrass', kita boleh gunakan gula apung (macam gula merah jugalah)...memang sedap juga. Selamat mencuba ye tuan dan puan. Terasa macam lalu je kat tekak nih...hhhmmm..dah le panas malam nih. Nasib baik kedai dah tutup.

Isnin, 2 Mei 2011

Jeruk jambu air...

Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya pergi bermalam di rumah mak apak di kampung Mang. Dan hari ini juga sebenarnya banyak perkara telah dibuat dan dirakam dalam kamera henpon nih. Tetapi tak sempat nak cerita macam-macam. Untuk malam ni hanya sempat muat naik gambar hasil perolehan 'menjambukan' buah jambu air yang terabai. Kalau dapat peluang, memang saya suka buat jeruk jambu air nih. Mudah je nak membuatnya.
     Mula-mula, 'siang' jejambu air tersebut - manalah tahukan, banyak ulat ker. Kemudian, bersihkan dan basuh. Masukkan dalam periuk dan buh air, letak garam sedikit. Rebus - nak sekejap boleh (rangup sikit), nak lama pun boleh (lembik sikit nanti jadinya). Selepas masak, tapis dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Sebelum ditutup, taburkan gula ikut suka (masa panas-panas) dan terus tutup (biar gula larut dan bersatu dengan jambu). Hasilnya, gula akan larut dan jadi air. Kemudian lagi, bolehlah masuk dalam peti ais dan nikmatinya sejuk-sejuk...mmm.. nyaman. Selamat mencuba ye tuan puan.


bila dah 'siang' dan bersihkan, sila rebus jambu air tersebut yer...
  
bila dah masak, tapis dan masukkan dalam bekas dan tabur gula, tutup rapat...

Hasilnya.. encik suami dan mereka yang lain telah ngap. Jeruk jambu air ni sesuai dimasukkan dalam peti sejuk. Kalau macam kami ni, takde peti ais, nampak gayanya kena ngap terus kerana dalam masa 2-3 hari sahaja dapat bertahan. Kalau lambat makan, takut tak sedap pulak kelak. 

Ahad, 1 Mei 2011

geli tapi terhibur

Apa pulak bendanya geli tapi terhibur nih? Mungkin sesetengah orang akan geli bila terpandang benda nih. Tak tahulah kenapa, rajin bebeno benda nih berjalan sekejap ke hulu, sekejap ke hilir berulang-ulang kali. Mula ada kat bilik air, pastu ke ruang tamu. Bukan satu tapi dua. Sampai ke bawah meja diterokainya dunia nih.
     Kata encik suami, benda nih suka menyelit ke celah-celah atau ruangan sempit - janji dapat menyorok. Sampai aku menulis entri nih, naik kakiku letak di kerusi, rasa geli pun ada. Apa taknya, dok berpusing-pusing di bawah meja. Entah ke mana pulak dah ni, ku pandang-pandang, tak terlibat kelibat benda nih. Harap-harap dah masuk ke bilik air - jangan merayap atas tilam sudahlah...heee... Opo bendanya, cik Suhana oii..hehe... nilah dia...ulat gonggok..sila jangan geli geleman yer tuan dan puan...
sekejap ke hulu..

sekejap ke hilir..

bila diusik..mula melingkaq...

kiranya jadi modellah nih...dua2 melingkaq...

pastu berkejar-kejaran bawah meja..geli mak tau...
Jangan orang ingat kami bela benda nih sudahlah yer. Terhibur jap dengan 'kegiatan' benda nih. Macam-macam! Ok selamat malam, kami nak tidur. Esok banyak benda nak buat.

Spring..toink toink!...

Sabtu-2.00 petang.
Sempena cuti hujung minggu, macam biasa, walau sesak mana, walau kena beratur panjang nak masuk parking, walau kena tunggu lama nak tunggu orang keluarkan kereta mereka, tetap kami lebih selesa untuk pergi ke Spring! Pusat membeli-belah yang selesa untuk dijelajahi, kedai buku, kedai kasut, kedai makan dan segala kedai - semuanya ada. Cuma tak selesa-tandasnya yang tidak ada saluran paip (kalaulah ada aduan yang boleh mengubah pihak pengurusan mereka - menyediakan saluran paip, alangkah bagusnya). Itulah realitinya berada di negeri yang berbeza...hehe.
    Cuma nak berkongsi sedikit pengalaman dari segi sikap pemandu dan cara pemanduan. Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau kita di KL, kalau nak bawak kenderaan secara perlahan, sudah pasti akan mengalah ke lorong tengah (tapi tak semua). Kat sini pun begitu juga (tapi bilangannya boleh dihitung dengan jari). Nak tak nak kena bersabar ye tuan dan puan.
    Kalau di KL para pemandunya memang juara di jalan raya, tetapi bab giliran atau keutamaan untuk masuk ke parking, masing-masing berkompromi dan siapa dulu yang menunggu, mereka yang akan dapat. Tetapi itulah, mungkin berbeza di tempat lain.
   Cuba bayangkan yang kami dah menunggu lama hampir setengah jam, tiba-tiba ada peluang kereta di sebelah kami nak keluar, kereta depan yang jauh dari kami mengundur dan hampir dengan kami, ditambah pula dengan kenderaan di sisi kami (dengan muka selamba dan senyum pula) pun nak turut sama berebut tempat. Alahai... alhamdulillah, akhirnya dengan izin-Nya, kami dapat masuk ke tempat tersebut. Terkesima juga dengan situasi tersebut. Semoga ada ruang sikap kemengertian buat semua pemandu (termasuk diri ini).
    Mari kita lupakan insiden tadi. Lepas mencari buku di MPH, kami pergi menyantap, mencari 'barang' di packson, pastu membeli sedikit barang dapur dan beransur pulang. Sempatlah juga encik suami membidik sebarang dua gambar.
antara pilihan tempat makan-hanya sebahagian gambar

bebola lampu

deretan ayam..hhmmm..

dinding batu pun sempat dibidik!

Kami tak makan ayam yang tergantung tu tapi makan ayam yang dipanggang. Memang sudah lama tak makan ayam panggang ni - akhirnya kami dua sakit perut dan memerut beberapa kali. Tak tahulah dek kerana ayam panggang tu ke atau dek kerana makan benda nih...

nyum..nyum..
saya makan satu...

encik suami makan satu...
sampai cair sbb tunggu lama untuk dibidik...
Dek teruja nampak kat blog kak Mohaini, sedap je menyantap aiskrim 'pisang' nih, kami pun nak cuba juga tau. Pastu sakit perut. Agaknya makan benda lain kot, bukan sebab makan aiskrim...hehe. Dah tercapai hajat mencuba aiskrim nih - Kak Mohaini berjaya menggodaku!

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...