Khamis, 16 November 2017

Keindahan

Moh tukar kemalasan kepada keindahan. Keindahan alam sekeliling akan difokuskan dalam entri ini - gambar pemandangan di sekitar Pustaka Negeri - perpustakaan (jiran DBP). Sambil berjalan kaki sambil snap pemandangan di kala pagi nan hening. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah SWT.
 Sayup je mata memandang...


 





 Letih berjalan, boleh beri makan roti kat ikan di tasik...
 Pokok bunga kantan pun ada. Jangan ambil sesuka hati sebab bukan hak kita 
walaupun kelihatannya tumbuh di tempat awam!





Dah macam pokok zaman purba...hehe
 







Rabu, 15 November 2017

Malas 3

Esok sambung entri lagi ok! Hehe...

Jom...jom...sambung lagi. Selingan jap. Kemalasan itu indah! Gambar bawah : Kek lapis pun kena pakai tali pinggang keledar. Hehe. Sebab berat bungkusan hampir menyamai berat manusia kot, bila diletakkan sebelah pemandu, kena pakai juga tali pinggang. Pada mulanya, hairan juga sebab asyik berbunyi je amaran dalam kereta agar dipasangkan tali pinggang walhal takde penumpang kat sebelah. Rupanya bungkusan kek tu perlu dipasangkan tali keledar, selepas dipasangkan barulah bunyi amaran berhenti. Pelik tapi lucu dan benar!
 Gambar bawah plak..hasil pemanduan dalam hujan, didapati beberapa ekor nyamuk terbunuh! 
Sian depa! Ok dah, kata selingan kan? Hehe...
Pastu cerita beraya ke rumah mantan toke kantin. Alhamdulillah dapat makan tengah hari dan makan kuih sedap-sedap. Terima kasih Kak Mariam dan keluarga atas kesempatan, jamuan dan silaturahim yang dibina. Semoga kak Mariam terus cemerlang, sihat dan maju jaya.

 Terima kasih kak Yam!
 Aksi swafoto yang tidak berkesudahan! Hehe...

Malas 2

Kemalasan itu indah! Haha...sebab malas semua kerja tak jalan. Nak menulis pun asyik tertangguh. Indah celah mana pulak? Haha...pengsan mak! Ni sambung cerita sambutan raya kat pejabat, simple je tahun nih. Jiwa dan raga selamat sebab puasa bayar/sunat terus. Gi jamuan raya, pandang je hidangan dan kawan-makan makan. Alhamdulillah kuat iman.
Pastu ada terlebeh rajin buatlah jamuan makan untuk kengkawan. Anak didik encik suami dulu datang dua tiga trip, masak simple jer (mi kari/soto/laksa penang). Pastu grup aku pulak, geng pejabat dan encik suami yang masak. Kemudian, buat plak jamuan untuk kengkawan encik suami plak dan aku yang masak, Sama adil kans! Tak lupa jemput keluarga angkat dan anak cucu mereka. Gambar kengkawan aku takde sebab tak sempat bergambar...hehe. Terima kasih pada semua yang sudi hadir. Maaflah dengan hidangan yang disediakan tak seberapa adanya...
Sebab tak makan kuah laksa, makanlah mi laksa dengan kicap...jadik jer...
  

 Anak didik encik suami...
 Aku paksa pandang atas...haha

 Keluarga mak bapak angkat dengan anak dan cucunya
 kawan-kawan encik suami...

 comel tak saya?....
 

 Kawan abang masa sekolah rendah ke menengah...tak ingat...hihi
 Alhamdulillah mereka dah menetap lama di Sarawak. Kemudiannya sudi bertandang ke rumah kami pada hari raya tahun nih dan kami ke rumah mereka semula sebab memulangkan jam anaknya yang tertinggal. Kemudian dapat cerita, lepas raya Haji mereka sekeluarga dapat pindah ke Benta, Pahang. Kiranya pertemuan pertama dan kedua sebelum mereka balik ke tempat asal. Semoga dapat berjumpa lagi suatu masa nanti.
 Lihatlah gelagat anak mereka yang comel...

Gambar kiri atas dengan Ustazah Aisyah, rakan sejawatan abang yang dapat pindah juga ke Raub setelah setahun berjauhan dengan suami dan tinggal enam tahun di Sarawak. Alhamdulillah rezeki beliau dahulu dapat balik ke Semenanjung sebelum encik suami. Apa yang berlaku ada hikmahnya...insya-Allah.

Gambar kanan atas dengan Ustazah/Kak Su yang duk kat Segamat. Suaminya kenalan encik suami juga. Kiranya kali pertama berjumpa dengannya kat epot baru nih. Kagum sebab beliau seorang yang lemah lembut, baik tutur katanya dan menyenangkan hati. Entahlah, memandang wajahnya pun dah sejuk je apatah lagi sikapnya yang peramah dan hebat! Semoga aku dapat mencontohi sikap dan semangatnya...Aamin.

Malas 1...

Assalamualaikum..lamaaanyalahhh tak menulis. Kemalasan itu indah! Haha..berbulu nanti kak Monie baca. Sebab sayang gambar, kita masukkan gambar dan cerita sedikit jelah kans. Cerita bulan Julai 2017. Majlis perkahwinan Firdaus dan Atikah di Klang (kawan pejabat encik suami) pada 8 Julai 2017. Gambar bawah : Bosa beno gambo kacang dal berempah, sedap! Ngup ngap ngup ngap..hampir tinggal separuh dalam balang...haha

 Bersama-sama pengantin...
 Nasi minyak dia pun sedap...alhamdulillah...

 Sempat jumpa kawan-kawan encik suami yang turut sama merai...

Sempat pergi majlis  kahwin mereka pastu ke rumah kak Sanisah dan Che Harun di Pantai Dalam sebelah petang. Janji dengan Ida dan Suhaimi jumpa di sana.
 senyuman taun rumah yang banyak memasak..hehe
Lihatlah menu hidangan yang ada...nasi berlauk/ulam, sup tulang, 
soto/sayur pecel, ikan aya masak asam dan sebagainya...
Sebelum tu, sebelah pagi sempat bersarapan nasi lemak kat rumah kak Zuraini, terima kasih akak! (walaupun tuan rumahnya puasa bayar). Alhamdulillah rezeki yang diperoleh hasil silaturahim bersama-sama sahabat dan sanak saudara. Terima kasih kerana menjemput.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...