Khamis, 21 April 2011

Ayam Kelasan


Selepas minta resepi dan tunjuk ajar dr tok Guru Mohaini-aku telah menjalankan misi untuk membuat ayam kelasan. Istimewanya sebab masak menggunakan air kelapa muda. Rasa best bila kita dah buat, lepas tu orang lain tanya macam mana nak buat, kita tahu nak jawab macam mana kan. Terima kasih kak Mohaini. Satu lagi, bila dah hidup di perantauan ni, membuatkan aku rajin memasak sbb tempat makan jauh dan nak cari yang betul2 sedap agak sukar. Tp aku bersyukur sbb dapat memasak sendiri, walaupun penat tapi puas (tengah berusaha untuk 'lebih merajinkan' diri dan jatuh cinta untuk MEMASAK).

ambik bahagian paha pun ok


 dah hampir kering

 Inilah hasilnya-walaupun gelap-rasanya sedap dan manis


Makan dengan kuahnya (sambal), pucuk midin dan sotong goreng celup tepung..yummy..

Saya  copy resepi kak Mohaini k...mohon izin...
Resipi:
1 ayam dengan kulit belah dua memanjang
2 biji air kelapa muda
5-9 bawang putih - tumbuk
1 keping gula kabung
1 sudu makan garam
- masak dengan api sederhana/perlahan


Kuah:
11 biji cili merah
5-7 bawang merah @ bawang besar
1/2 keping gula kabung (ikut rasa)
1 tomato
- rebus semua bahan
- kisar sekejap-sekejap (on-off, on-off) tidak terlalu halus
- panas 1/2 senduk minyak, masuk bahan kisar
*Kak Mohaini menggunakan 21 biji cili dan bahan lain ditambah juga


Teringat

Secara tiba-tiba kok teringat akan pokok pisang beranganku, nenas, pokok mulberi dan ikan2 guppiku di  KL...alhamdulillah setakat ni, kak Iza jiranku yg rajin menyiram pokok dan menambah air dalam takungan ikan guppiku-terima kasih kak.
dah tamat riwayat buah nanas ni-manis sekali rasanya, dan kini sedang menunggu buah yang lain. 

ni pokok pisang berangan yang kedua berbuah-terkini sedang menunggu buah dr pokok yang keempat 

pokok mulberi yang dibeli semasa di MAHA tahun lepas-rasanya masam2 manis-petua menjaganya, kena letak kat panas2, kalau letak kat teduh, tak berbuahlah jawabnya. 

pokok teratai bersama bunganya menjadi peneman setia pd ikan2 guppiku-semakin banyak membiak
-dah banyak sedekah kat kawan2 dan jejiran...

Cuka Kurma

Ada berbincang dengan abang malam tadi berkaitan kelebihan dan khasiat cuka kurma (setelah melihat blog permatahatimy- kak Monie). Kami ada idea untuk menjualnya kepada kawan-kawan. Apa-apa pun, kami kena cuba dulu keberkesanannya dahulu baru boleh jual kat org lain...Insya-Allah, kalau ada jalan dan niat yang baik, Allah akan tolong. Kemudian nanti, saya akan huraikan khasiat dan kelebihan cuka kurma ini.

Cuka Buah-buahan
Cuka dihasilkan drpd buah-buahan spt kurma, epal, anggur & tin (fig) yg disimpan
atau diperam dlm jangka masa tertentu. Jus buah bertukar menjadi alkohol (haram).
Alkohol bertukar menjadi yis-asid asetat-cuka (halal).

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Cuka(khal) kurma berkhasiat menyembuhkan pelbagai penyakit yang digeruni
seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan jantung.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat         yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).
Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Kandungan Cuka Kurma:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolesterol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

 CARA PEMAKANAN :-Sebelum mengambil atau minum cuka kurma digalakkan agar:
1-Baca Bismilah serta selawat kepada Nabi SAW dan keluarga sebanyak 3x.
2-Di niatkan agar disembuhkan oleh Allah SWT kesemua penyakit yang dihidapi agar dapat beribadah kepada Allah SWT dengan sempurna.
Pelbagai cara boleh digunakan semasa pengambilan produk cuka kurma ini:
1-Satu sudu besar 10ml dicampur terus ke dalam secawan air masak dan diminum terus.
2-Digalakkan cara ini iaitu mencampurkan satu sudu besar 10ml cuka kurma dengan satu sudu besar 10 ml madu ke dalam secawan air masak. Pastikan anda menggunakan sudu plastik kerana madu agak sensitif dengan sudu besi.

3-Kombinasi cuka kurma dengan teh o /kopi pun boleh menghilangkan rasa masam cuka kurma tersebut .
4-Ia juga boleh digunakan sebagai gantian kepada cuka makanan buatan sebagai bahan masakan makanan harian. Cuka makanan buatan agak asidik sifatnya berbeza dengan cuka kurma.
*Pengambilan disyorkan sebanyak 2/3 kali sehari.
Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) . Jika keadaan gula masih tidak turun, boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikkan nisbah cuka iaitu 2: 1 .
SIAPA YANG LAYAK MENGAMBIL CUKA KURMA INI?
1-Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi (hipertensi),kencing manis (diabetes), penyakit keturunan (masalah kolesterol dan lain-lain) dan apa jua penyakit yang wujud.
2-Mereka yang mementingkan kesihatan.
3-Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas (dos adalah separuh dos dewasa).
*Tidak digalakkan untuk wanita mengandung.
Sumber: Internet

Plaza Tol

Gambar plaza tol yg sempat ditangkap semasa memandu

Cerita tentang plaza tol ni, ada satu-satunya kat Kuching ni. Setiap hari ku melewatinya dengan bayaran RM1.50 sekali jalan. Ok jugaklah berbanding kalau duk kat KL, RM3.80 sehala-kan dapat jimat banyak. Tapi tak bestnya, kalau dr rumah perlu melalui jalan Tabuan-sibuk sedikit kerana ada kawasan sekolah dan keadaan fizikal jalan yang tidak rata disebabkan pembuatan jambatan baharu. Selepas melalui semua itu, barulah lega sedikit. Kemudiannya akan jumpa traffic light dan menelusuri jambatan Pending pulak sebelum masuk tol.
    Selepas tol akan melalui tiga bulatan yang sederhana besar, barulah akan sampai depan pejabat DBPCS. Masa yang diambil untuk ke pejabat kurang lebih 20-30 minit (keluar 6.10 pagi dan tiba di pejabat-6.35 pagi). Ada juga jalan alternatif yang lain dan akan menempuh bulatan utama-Simpang Tiga. Sekali-sekala bolehlah ikut situ. Ikutkan memanglah jauh untuk ke pejabat, tp dekat dengan lapangan terbang Kuching-oklah jugak kan.
 Jambatan Tabuan sedang dinaik taraf

Simpang untuk ke kanan sungguh mencabar sebab banyak kenderaan lalu lalang

Selamat Pagi

gambar ditangkap dalam kereta semasa mendengar tazkirah Ust Zahazan

Pagi ni suasana agak mendung dan hujan renyai-renyai. Esok Sabah dan Sarawak cuti Good Friday, jadinya duk umah sahajalah. Dua hari sudah ada masak mee sup ala Suhana. Tengok-tengok juga resepi, tapi ubah ikut kesesuaian rasa..hhmm ok jugak. Masukkan bebola ikan, sayur dan sedikit daging dalam kuah sup. Jadinya kita lihat hasilnya...alhamdulillah.



Rabu, 20 April 2011

MC dua hari

Jumpa Dr Saadiah yg baik hati. Badan mula sengal-sengal dan tekak masih berkahak sejak dua menjak ni.
Bila diperiksa, ternyata ada serangan virus dalam badan. Dr bagi dua jenis ubat- ubat nyah kahak
dan ubat redakan sengal-sengal badan dan dapat cuti sakit dua hari-maka berehatlah aku di rumah
dengan sebaik-baiknya. Apa yg penting dan ingin dikongsi ialah, patutlah semua pesakit suka
bertemu dgn Dr Saadiah dan tentunya akan mengambil masa yg lama untuk mengadu dengannya.
Ini kerana beliau seorang Dr yang betul-betul pandai mengambil hati-memberi nasihat- layak
bagai seorang ibu yang menasihati anaknya.

Mulanya kisah

Assalamualaikum pembuka bicara. Tergerak hati untuk berblog sementelah hidup di perantauan- bumi Kuching, Sarawak. Mula bertugas di tempat baharu (mengikut suami)-DBPCS pada 16 Februari 2011 (Rabu) bersama Puan Hajah Asmiah Ajamain. Walaupun berat meninggalkan rakan-rakan dan kenangan semasa di KL-ku gagahi jua untuk menerima rakan baru dan persekitaran baru. Kini setelah lebih dua bulan, diri ini sudah dapat menyesuaikan diri di tempat kerja dan sekitar bandar Kuching. Sudah jatuh cinta juga dengan minuman Teh C Peng Spesial dan ayam penyet...kalau makan hari-hari pun tak jemu....
Pemandangan Bandar raya Kuching drpd Bangunan Simpang Tiga

set ayam penyet

 mee jawa dengan sate

mee pok (mee lebar)

 pucuk midin

laksa Sarawak-baru betul2 kaw

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...