Assalamualaikum pembuka bicara. Tergerak hati untuk berblog sementelah hidup di perantauan- bumi Kuching, Sarawak. Mula bertugas di tempat baharu (mengikut suami)-DBPCS pada 16 Februari 2011 (Rabu) bersama Puan Hajah Asmiah Ajamain. Walaupun berat meninggalkan rakan-rakan dan kenangan semasa di KL-ku gagahi jua untuk menerima rakan baru dan persekitaran baru. Kini setelah lebih dua bulan, diri ini sudah dapat menyesuaikan diri di tempat kerja dan sekitar bandar Kuching. Sudah jatuh cinta juga dengan minuman Teh C Peng Spesial dan ayam penyet...kalau makan hari-hari pun tak jemu....






2 ulasan:
mee jawa dengan sate tu memang sedap la...mee pok tu nampak sedap :-)
mmg semuanya sedap belaka...kalau ada peluang boleh mai sini-jalan2-makan2...hehe
Catat Ulasan