Khamis, 11 Oktober 2012

penyelamat...

Dah lama rasanya tak buat apam pokaldot. Malam tadi, dalam keadaan malas-malas rajin, kugagahi dengan semangat juang untuk mengadun apam...cewah gituh. Alhamdulillah jadik. Tengah menunggu apam kedua dikukus, tetiba ..eh eh eh, makin kecik je ku tengok api kat dapur gas. Hmm memang sah dah habis (mana tak habisnya asyik mengukus je kerjanya).

wahh..nampak bergaya tak? ahakss
Panik jap dan terfikir jap, takkan nak keluarkan cawan kertas dan masukkan dalam loyang besi dan bakar..macam tak kena jer - dahlah banyak lagi belum dikukus. Bila kuadukan masalah pada encik suami, laju je dia cakap, gunalah induction cooker - IC (ada beli masa mula masuk rumah ni dulu). Haah kan tak terfikir langsung. Hmm boleh ke kugunakan, macam tak yakin jer.

kita tutup kukusan dan masak seperti biasa...
Dengan keyakinan yang padu..cewah (sebab pengukus pun steel kan), laju je ku letak atas benda tuh. Alhamdulillah, selamat semuanya dikukus. Terima kasih IC.....

alhamdulillah jadik...

Projek keju...

Seperti yang pernah kukatakan sebelum nih, memang tak pernah ku mengolah keju dalam mana-mana masakan. Kali ni memberanikan diri membuat dua kek sekali gus (sebabnya satu bungkus keju dapat dibahagi dua untuk dua kek..hehe..itu yang penting - jimat belanja).

adunan keju untuk lapisan kedua...dikukus..
Dapat inspirasi buat kek lapis coklat keju ni dari laman blog Che Mat Gebu. Bahannya mudah dan senang diolah. Untuk resepi red velvet kuguna resepi yang kubelajar dulu (dulu guna cawan kertas dan konon nak buat cara kek pulak). Selepas selesai mengukus lapis ketiga kek lapis, terus kubuat aduann red velvet.

cantik kan teksturnya?
dah siap kukus...
dah siap potong...

Jom tengok resepi dari CMG (www.tiffinbiru.com)

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BAHAGIAN COKLAT :-
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.

UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :-
Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :-
Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 

Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.


Jom tengok resepi kedua yang ku belajar dulu.

Bahan A
250gm mentega
300gm gula perang
4 biji telur gred B

Bahan B – campur semua
2 sudu makan serbuk koko + 250 ml susu segar
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh cuka epal
1 sudu teh serbuk vanila
½  sudu teh garam
1 ½ sudu makan pewarna merah (red bridge)

Bahan C – ayak bersama
220gm tepung gandum
½ sudu teh baking poder
½ sudu teh soda bikarbonat

Cara membuat:
1.      Pukul mentega dan gula hingga kembang dan sebati (dalam masa 10 minit)
2.      Masukkan telur satu-persatu - gaul rata
3.      Masukkan bahan B dan gaul rata (gaul biasa dengan senduk kayu)
4.      Akhir sekali masukkan bahan C – gaul rata
5.      Masukkan adunan dalam paper cup (saiz M)
6.      Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 C – guna api atas bawah
7.      Sejukkan sebelum letak topping

TOPPING
Bahan
250 g cream cheese
300g fresh cream
60g gula icing

*Masuk cream cheese dan gula icing - pukul hingga sebati, baru masukkan fresh cream sedikit demi sedikit- pukul hingga sebati dan pekat.


* Selesai buat adunan kek, kuletak dalam dua loyang berbeza (kononnya nak buat tiga lapisan). Satu lapisan tebal dan satu lagi nipis. hasilnya, lapisan tebal sukses, lapisan nipis, hangus..haha (sebab kutambah suhu sebelah atas - baru tinggal sekejap je dah hangus).... haha..sabar jelah yer.


adunan dah siap...letak dalam dua loyang..


nilah hasilnya yg letak dua-dua dalam satu oven (kena asing-asing bakar kot)...
Makanya ku korek semua isi yang tak hangus, letak dalam bekas lain barulah kucurah adunan keju. Adunan keju pun salah pilih susu (hasilnya tak pekat). Satu lagi adunan ok, nak keluarkan pun tak dapat (malas nak letak kertas minyak, hah mcm tulah jadinya - melekat). Apa yang boleh buat, keluarkan kek dan susun cantik dalam bekas tupperware dan curah keju di atasnya. Siap dan masuk dalam peti sejuk.


Takpe Suhana, jangan putus asa, nanti cuba buat lagi (pasni nak buat adunan dalam kertas cawan plak). Layanss..

projek ketumbar...

Ke Pasar Satok baru nih juga sempat kumembeli biji benih ketumbar dengan tanah komposnya sekali. Dah suka makan daun ketumbar (dalam laksa swk), maka kucuba menanamnya sendiri. Nak guna tinggal ambik je atas singki dapur..hehe..harap-harap tumbuh subur lepas nih.

macam kek coklatlah pulak ye...
Biji ketumbar ni bukannya boleh ambik dari yang biasa kita beli nih. bijinya kecil sedikit daripada yang biasa, kalau tak memang tak hiduplah. Nanti kalau dah hidup subur (kalau), ku kan kemas kini ye..hehe..

Setelah dua minggu, daun ketumbar dapat hidup dengan baik. Jom kita tengok...

hingga ke hari nih, pokoknya semakin lebat..alhamdulillah...



Rabu, 10 Oktober 2012

kembali lagi...

Tora datang lagi..hehe..

Buah kristal datang lagi (datang musimnya). Tetapi kali nih, dalam saiz yang sedang. Rasanya sedap juga seperti saiz yang besar dan mudah dibuka.

isinya semacam buah laici...
Pastu keinginan nak masak terung pipit datang lagi. Kali ni campur dengan cendawan sisir (sebutan Jawa = jamur). Susah nak dapat jamur nih, bila jumpa di Pasar Satok je terus rembat.

terung pipit..beli kali ni agak tua..

cendawan sisir aka jamur

tumis bawang putih, merah, cili api dan bilis yang dikisar secukupnya...

masukkan terung pipit, gaul sebati..

penuhkan dengan air untuk bagi empuk...

terung pipit dah empuk, masukkan cendawan sisir dan gaul rata...

dah siap masak...
Pastu (berapa banyak pastu daa..hehe)... bila kemalasan datang, maka encik suami dengan rela hati buat sarapan minggu lepas...terima kasih bang (memang kretif dan sedap lakiku masak - alhamdulillah).

kreatif dan sedap..
Ku tak pernah mengolah keju (dah lama disimpan elok dalam peti ais). Disebabkan menggebu-gebu nak buat kek berasaskan keju , maka ku mengolahnya buat kek. Oh ini rupanya keju..cewah...maklumlah "aku anak kampung, tiada apa-apa")...

jenama Tatura...

oo ni rupanya keju..hehe
Selingan jap : sekarang ni kalau nak masak beras, guna kukus jer..mudah, tak perlu dijaga dan cepat masak..cewah..layan jer..
basuh beras dan letak dalam pengukus...

tunggu beras masak menjadi nasi..hehe

jeng jeng jeng...

Yihaaa...encik suami suka beli barang yang cute dan comel secara dalam talian.
Baru nih, dibelinya pendrive bentuk watak kartun dalam spongebob (nama tak hengat).
Jom layans jer.

jeng jeng..hehe

sian..badan tertanggal dengan kaki..hehe

makcik menang moto!..eh ..

Propa je tajuk entri kan...sebenarnya, makcik hanya menang turbo chopper je....jenama Tupperware. Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan sahabat semua, saya menang benda di bawah nih. Terima kasih semua kerana mengundi jawapan saya di muka buku. Jangan jemu untuk terus menyokong saya yer...



Selasa, 9 Oktober 2012

Hadi dan buih sabun...

Wah gituh, macam tajuk cerekarama je kans..ahaks... Ni tulisan agak malas kali nih. Jom layan gambar Hadi yang gembira dengan layanan makciknya untuk menemankannya bermain buih sabun lalu menjadi belon...hehe..

Memula berdiri....

tiuppp...

tiup tiup lagi...

mananya?...

tiup sikit dulu..

sampai tak sedar ayahnya balik ye...

tengok jap..

tiup besar punya...

kita rehat keluar rumah jap...

belum sempat habis snap...nak tengok cik ana gambar..hehe

tiup kat luar rumah plak..


pastu sambung semula dalam rumah - duduk pulak..





wooo banyaknya belon buih sabun


tiup lagi sampai habis dan puas yer..

selingan jap...hehe..

Hadi dan Ibu...

dapat tab cik Ana tak berganjak langsung yer..

tatata cik Ana, nanti kita jumpa lagi k...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...