Khamis, 11 Oktober 2012

Projek keju...

Seperti yang pernah kukatakan sebelum nih, memang tak pernah ku mengolah keju dalam mana-mana masakan. Kali ni memberanikan diri membuat dua kek sekali gus (sebabnya satu bungkus keju dapat dibahagi dua untuk dua kek..hehe..itu yang penting - jimat belanja).

adunan keju untuk lapisan kedua...dikukus..
Dapat inspirasi buat kek lapis coklat keju ni dari laman blog Che Mat Gebu. Bahannya mudah dan senang diolah. Untuk resepi red velvet kuguna resepi yang kubelajar dulu (dulu guna cawan kertas dan konon nak buat cara kek pulak). Selepas selesai mengukus lapis ketiga kek lapis, terus kubuat aduann red velvet.

cantik kan teksturnya?
dah siap kukus...
dah siap potong...

Jom tengok resepi dari CMG (www.tiffinbiru.com)

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK BAHAGIAN COKLAT :-
Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.

UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :-
Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :-
Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit. 

Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak.


Jom tengok resepi kedua yang ku belajar dulu.

Bahan A
250gm mentega
300gm gula perang
4 biji telur gred B

Bahan B – campur semua
2 sudu makan serbuk koko + 250 ml susu segar
1 sudu teh jus lemon
1 sudu teh cuka epal
1 sudu teh serbuk vanila
½  sudu teh garam
1 ½ sudu makan pewarna merah (red bridge)

Bahan C – ayak bersama
220gm tepung gandum
½ sudu teh baking poder
½ sudu teh soda bikarbonat

Cara membuat:
1.      Pukul mentega dan gula hingga kembang dan sebati (dalam masa 10 minit)
2.      Masukkan telur satu-persatu - gaul rata
3.      Masukkan bahan B dan gaul rata (gaul biasa dengan senduk kayu)
4.      Akhir sekali masukkan bahan C – gaul rata
5.      Masukkan adunan dalam paper cup (saiz M)
6.      Bakar selama 20 minit dengan suhu 150 C – guna api atas bawah
7.      Sejukkan sebelum letak topping

TOPPING
Bahan
250 g cream cheese
300g fresh cream
60g gula icing

*Masuk cream cheese dan gula icing - pukul hingga sebati, baru masukkan fresh cream sedikit demi sedikit- pukul hingga sebati dan pekat.


* Selesai buat adunan kek, kuletak dalam dua loyang berbeza (kononnya nak buat tiga lapisan). Satu lapisan tebal dan satu lagi nipis. hasilnya, lapisan tebal sukses, lapisan nipis, hangus..haha (sebab kutambah suhu sebelah atas - baru tinggal sekejap je dah hangus).... haha..sabar jelah yer.


adunan dah siap...letak dalam dua loyang..


nilah hasilnya yg letak dua-dua dalam satu oven (kena asing-asing bakar kot)...
Makanya ku korek semua isi yang tak hangus, letak dalam bekas lain barulah kucurah adunan keju. Adunan keju pun salah pilih susu (hasilnya tak pekat). Satu lagi adunan ok, nak keluarkan pun tak dapat (malas nak letak kertas minyak, hah mcm tulah jadinya - melekat). Apa yang boleh buat, keluarkan kek dan susun cantik dalam bekas tupperware dan curah keju di atasnya. Siap dan masuk dalam peti sejuk.


Takpe Suhana, jangan putus asa, nanti cuba buat lagi (pasni nak buat adunan dalam kertas cawan plak). Layanss..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...