Khamis, 4 Oktober 2012

Jauh tak jauh

Kita melangkau jauh sikit sebab baru balik dari jauh - rumah adik je pun di Langkawi (ada peluang bertugas rasmi di KL-selesai tugas je kurancang nak berjalan seketika). Setelah selesai misi dan tugas di Festival Bahasa dan Sastera di DBP KL, maka ku melangkau jauh (naik bas je - dah bertahun tak naik bas sebab selalunya naik kapal terbang jer - nampak berlagaks je kan walhal tu pengangkutan yg mudah, cepat dan agak murah kalau kena tarikhnya) dan menjejakkan kaki ke bumi Perlis sendiri (maaflah encik suami, tak dapat pergi dengan abang). 
selingan jap - RAMS antara tempat pihan pengguna untuk membeli-belah selain Hj Ismail Group dan Idaman Suri
 sebab banyak pilihan dan agak murah.

Dari Kuala Perlis kemudiannya naik feri untuk ke Langkawi jumpa anak buah - M. Hadi Hafiz. Maka sampailah ke destinasinya - alhamdulillah dapatlah melepaskan kerinduan pada Hadi dan maknya. Kusuka sampai ke sana pada hari Jumaat sebab boleh pergi pasar malam dan paling utama boleh beli dan makan kuih dangai kegemaranku. Dapat beli sikit jadiklah kan - alhamdulillah. Jom kita layan makanan yang sempat dibeli oleh kami berdua (Ana dan Ani).

sedapnya kuih dangai...
ni pun sedap-somtam (betik)
apam balik crispy..sedap gak sebab banyak jagung dan kacang..nyum nyum


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...