Tajuknya agak berat tetapi akan mudah kalau kita dapat mudahkan. Selama 3-4 tahun duduk di Bukit Mahkota, kami mempunyai jiran-jiran yang baik hati dan saling membantu dan muafakat. Tetapi biasalah, akan ada serumah dua yang tak suka hidup bermasyarakat. Hidupnya hanya tahu keluar bekerja buka pintu pagar, balik kerja buka pintu pagar (pagar automatik) dan masuk rumah terus, tak keluar-keluar lagi sehinggalah esok paginya. Takpelah, sebab itu memang prinsip mereka. Kalau ku macam tulah, tak tahulah macam mana, tak boleh hidup kot. Paling kurang, tegurlah jiran ke apa. Takpelah, janji kita berniat baik untuk berbuat kebaikan pada mereka sentiasa.
Itu dalam satu segi. Belum lagi dalam bab-bab lain. Jarak dinding rumah bukannya ada ruang pun - melekat lagi adalah kan...hehe. Tetapi selagi mereka tak menyusahkan hidup kita sudahlah. Tapi susahlah juga kalau nak diajak beriadah sama, makan-makan sama dan sebagainya kalau macam tuh.
Kalau nak lihat contoh yang paling dekat pun, cuba lihat kedudukan tong sampah batu yang ada kat gambar bawah nih - siap tanam pokok keladi dan pokok lain. Agak-agaklah sapa punya kan? Sebelah kiri ni, pagar rumahku lah. Sebelah kanan, pagar rumah jiran. Agak-agaknya padan tak kalau kedudukan tong sampah itu berada di kawasan rumahku, walhal tong sampah ni kepunyaan jiran sebelah (kami faham yang pagar rumahnya kan pagar automatik-seolah tiada ruang nak letak tong sampah mereka kan). Tiang elektrik sebagai penanda aras sempadan kejiranan.
Malas nak bergaduh dan malas nak panjang cerita sebenarnya. Nasib baik, kami tak tinggal di situ (tetapi sekali-sekala balik, berbulu jugak tengok). Sebelum nih, kedudukan tong sampah tu hanya berada suku ke tempat kami, dan terkini berada sepenuhnya di hadapan kawasan rumah kami (selepas berlaku pengorekan tanah untuk pembetulan paip bocor). Rasanya tak salah kalau kubuang sampah kat situ jugak kan - untuk lebih adil disebabkan pencerobohan ruang.
Alahai jiran. Bersangka baik jelah Suhana. Kalau kami berpindah sepenuhnya ke KL semula nanti, memang wajar kami menegur untuk mereka bertimbang rasa mengalihkan tong sampah tersebut...insya-Allah. Buat masa nih, jangan rasa bimbang wahai jiran sebab anda tidak perlu rasa apa-apa tentang kedudukan tong sampah tersebut sebab kami jauh di mata. Semoga Allah memberi kami kesabaran dalam hal ini (walaupun orang lain boleh memandang remeh je tentang isu ini - bagi kami, ini melibatkan soal perasaan hormat dan kepekaan akan sekeliling).
p/s: nak tahu juga perasaan mereka, kalau orang lain buat mereka seumpama ini...hmmm..
2 ulasan:
Su, memang ada segelintir jiran yang buat tak endah akan hak jiran, kalaulah mereka teringat balik (terlupa agaknya) akan dosa menyakiti jiran, nscaya mrk tidak berbuat demikian!!
Itulah Mak Aji, mereka mmg lah tak ganggu kita sbb terperap je di rumah dan tak campur org, tp dlm diam, membuatkan jiran lain mengata gak sbb tak nak bermasyarakat.
Sy baru difahamkan oleh suami, mmg dia ada minta izin sblm ni nak letak tong sampah tu (suku je makan tempat kami)..tp tak sangka ni sepenuhnya pula slps proses gali paip..hmm sabar jelah yg mampu kami buat..
Nampak seronok tengok Mak Aji bercuti di Johor..semoga gembira dan manfaatkan masa sepenuhnya...hehe
Catat Ulasan