Dua minggu sudah juga ada buat dadih untuk jualan di pantri pejabat encik suami. Dek terlebih rajin...buat tiga warna dan rupa. Nak bagi best, buh buah-buahan dalam tin.
|
jemput makan.. |
Pastu dek terlebih rajin, kucuba juga buat kek lumut kebanggaan urang Sarawak. Ok juga rasanya (terkurang susu pekat sebab dah habis).
|
bahan utama-telur 10 biji gred A..hah gituh.. |
|
bahan lain, gula halus, tepung, mentega, nestum, horlicks, perasa pandan 60ml.. |
|
bila pecahkan telur pertama, tetiba keluar kembar..hehe..kan beza dgn sebelah kiri... |
|
adunan demi adunan..susu pekat, pewarna dll... |
|
dah siap bancuh... |
|
letak dalam loyang.. |
|
dah selesai kukus..alhamdulillah...inilah hasilnya... |
Selingan sikit:
Hidangan mudah, bubur ayam (makan sorang sebab encik suami lambat balik dan dah teman kawannya makan). Syukur alhamdulillah dengan rezeki-Mu Ya Allah.
|
taburan bawang putih, kegemaranku... |
3 ulasan:
Su, minta resepi kek lumut, nampak sedap !
Asmk mak Aji, saya bagi dulu resepi biscoti ye sbb mata tak larat nih-baru blk dr program khemah bahasa.
Biskut Badam Biscotti
Bahan-bahan
3 biji putih telur
100gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
120gm tepung gandum
150gm badam (whole almonds)
Secubit garam
Cara-cara:
1. Putar putih telur dulu hingga gebu, baru masukkan gula, esen dan garam – pukul hingga kaku (meringue)
2. Kaup balikkan dengan tepung gandum hingga sebati
3. Masukkan badam dan gaul rata
4. Tuang dalam loyang pembakar saiz 7 inci
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah selsius selama 25 minit hingga adunan berwarna perang muda
6. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai dalam masa setengah jam hingga sejam
7. Potong nipis dengan pisau tajam
8. Susun atas loyang pembakar dan bakar 20 minit lagi pd suhu 140 darjah selsius (hingga garing)
9. Sejukkan dan masukkan dalam bekas kedap udara
Sue- boleh jadi org Sawarak dah ni... Kak dah cuba kek lapis sarawak... terus jd Sarawakian he he he
Catat Ulasan