Macam best jer tajuk kat atas tuh (macam tajuk dramalah pulak ye). Walhal nak cerita tiga perkara yang berbeza dan mudah dirangkumkan sekali - cewah. Pertamanya, cerita radio. Biasalah, nampak benda unik je terus kurakam dan kongsi kat blog. Semasa berada di rumah adikku itu, kuterlihat sebuat radio yang agak antik (tak antik mana pun sebab direka seolah antik oleh SINGER). Hmm... nampak menarik juga. Nasib baik tak banyak stok radio nih. Nampaknya lihat dari jauh dan dikenang dari jauh jelah kan radio tersebut sebab stok terhad.
cantikkan...wahhh |
Pastu cerita butang plak. Baru nih masa pergi pusing-pusing Nilai 3, adalah singga di kedai barangan pengantin (cari pesanan kawan sebenarnya). Nampak je barang yang best, kurembatlah apa lagi. Bekas pokaldot, manik dan butang. Butang-butang tersebut memang cantik dan menarik. Kubeli empat bekas (macam ada projek je nak buat - tapi tunggu dulu). Kiranya beli untuk bersedia untuk projekkulah (tetapi tak tahu nak mula bila).
cantiknyer...cewah..gila pokaldot... |
Cerita peti ais nih bila kubalik dari KL. Wah gitu, ada peti ais baharu rupanya. Tak baru manapun sebab pemberian tuan rumah yang berpindah dari Johor ke sarawak semula. Alhamdulillah jadiklah daripada nak beli baharu kan - selamat bajet. Adalah projek juta-juta ku nak buat selepas ini...cewah.
lebih tinggi dr biasa..abaikan pemandangan kanan kirinya k.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan