Semalam encik suami pesan untuk beli tepung pulut. Adalah projeknya tuh (dalam hati lega - tak perlu masak pelbagai - kebetulan pun dah dua hari tak makan nasi bagai - hanya makan martabak dan air sahaja). Nostalgia dia masa kecil dulu yang selalu tengok ma buat kuih nih - buat tak pernah katanya, sebab tulah cuba juga buat kuih ni - alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Kuih ini diberi nama tepung bunga (kalau di Kelantan, panggil kuih bunga jer).
beginilah adunan sebelum digoreng.. |
Nampak mudah cara encik suami buat. Kisar daun pandan dan perah ambil airnya. Bancuh dengan tepung pulut (jangan terlalu lembut). Pastu bulatkan dan gentel-gentel, pastu penyekkan. Kocok telur sebiji. Goreng kan adunan yang telah dipenyek tu, sebelum tu, celur dengan kocokan telur, pastu goreng - jangan garing sangat. Dah masak, angkat da tabur gula masa tengah panas. Nak makan sejuk pun boleh (masukkan dalam peti ais).
dah siap digoreng dan ditabur gula... |
Pastu lebihan adunan tepung, encik suami rebus dan masukkan dalam kuah santan dan nise (gula merah) yang telah siap dibancuh (macam buat puteri mandilah tetapi puteri bersiram..hehe). Maka, kami berbukalah dengan martabak dan hidangan di atas dan di bawah - alhamdulillah rezeki hari semalam.
puteri bersiram...hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan