Khamis, 26 Julai 2012

projekku pulak...

Malam tadi sempat kubuat puding roti (pertama kali nih). Resepi mudah kuminta dari Mazura. Tapi kuahnya tak dapat buat masa tuh sebab esoknya baru nak makan (hari ini). Resepi memang nampak mudah tapi cara terpulang pada kita.

buat gula hangus cacamerba..hehe

potong kecil-kecil roti...

potong kecil-kecil juga kurma (kismis takde beli)
Zura memang selalu buat - sedap katanya. Caranya, mula-mula kena buat gula hangus dalam 2-3 sudu gula. Pastu potong kecil-kecil sebungkus roti putih (buang tepi). Masukkan setengah tin susu cair dan gaul rata. Dalam bekas yang lain, kocok sebiji telur dan masukkan 2-3 sudu susu pekat manis dan sesudu kecil esen vanila dan gaul sebati (ku termasukkan banyak susu pekat manis).

adunan dah siap bancuh....
Pastu masukkan dalam bekas roti - gaul sebati dan masukkan kismis atau hirisan kurma, tambah air putih 1/4 cawan - gaul sebati dan masukkan dalam loyang. Kukus dalam masa 30-40 minit. Kuahnya (sos) akan dibuat petang nih (resepinya nanti k).

dah siap dikukus..pastu masukkan dalam peti ais untuk dimakan sejuk...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...