Isnin, 10 September 2012

Pai epal....

Dalam sibuk encik suami minta tolong nak pasang kipas, sempatlah ku membuat inti pai epal. Mulanya, encik suami kata, sian tengok epal tuh (yang tercongok tiga biji atas meja), tak nak buat pai epal ker?

     

Zass terus dapat idea, terus je capai pc jenguk resepi. Maka, terus je buat sebab bahan-bahan pun dah cukup kanss (takde alasan tak nak buat). Dengan mulakan langkah kaki dan hayunan tangan kanan, bertong tang tong-tang kat dapur buat inti pai epal, jom layanss.


potong dadu epal tu- jangan lecil atau besar sangat..yang sedang-sedang sahaja..

panaskan mentega dalam 40gm..jgn banyak sangat...

masukkan epal, gula perang dlm 5 sudu, sekeping kulit kayu manis dan segenggam kismis kuning/hitam

masak hingga masak..hehe..biarkan agak pekat..

nak pekat lagi, masukkan dua sudu tepung jagung-gaul sebati..

perahkan sesudu perahan lemon... gaul lagi, bila dah masak, sila tutup api..

Inti tu perap semalaman dalam peti ais sebab sebelum buat inti pai tu, memang dah fikir takkan nak buat kulit pastri bagai, baik guna yang sedia ada (memang kebetulan ada bekalan dalam peti ais)- jenama Kawan (paratha-flakey) - memudahkan kerjaku..hehe.. Selalunya orang buat pai empat segi. Kutaram buat tiga segi sebab guna parata bulat kan (ada ker parata empat segi..hehe)..layanss jer.


Jom kita tengok cara nak buat pai epal pulak (semangat berkobar-kobar buat berkebetulan ada tetamu nak datang rumah). Gelabah jap takde idea nak masak apa sebagai hidangan utama - akhirnya lontong sebagai hidangan utama, sempat juga buat puding kastard (maaf tak sempat snap gambar). Bahan dan cara nak buat pai epal ni kurujuk dalam SINI - terima kasih puan.

tabur sedikit tepung atas pinggan..

potong empat..yang dua belah, dihiris siap-siap..

letakkan inti...

tutup inti dan ratakan sebelah tepinya..

ambik hujung garpu dan tekan tepi pai...

sapu dengan telur yang dicampur sedikit esen vanila (tak nak bagi bau telur kuat sangat).
Bakar dalam oven guna 190 darjah celcius dalam masa 30 minit.

TARAAA...dah siap. Makan panas-panas ke sejuk ke sedap jer. Alhamdulillah, tetamu suka makan, encik suami pun suka. Lain masa boleh buat lagi.

alhamdulillah siap...nyum nyum

4 ulasan:

Aida Salleh berkata...

wahhh sedapnya. akakpun suka sangat pai epal.

Suhana dbp swk berkata...

hehe..mmg sedap..kak biasa buat tak?

Ummu Madihah berkata...

Su, teringin pula nak buat pai epal ni. Akak x pernah buat lagi. Nampak mudah je. Juga belum pernah beli kulit yang dah siap! Sedap nampak!

Suhana dbp swk berkata...

hehe...senang je buatnya ni mak Aji..beli roti canai (prata) jenama kawan yg jenis flakey..senang tak perlu nak fikir buat kulit pastrinya..tinggal buat inti sahaja. sesetengah org tak letak mentega..mereka buat gula jd gula perang, pastu baru masukkan bahan semua...
Nanti Mak Aji buat ye..tanya kak Aida, dia pandai buat kot dr saya..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...