Tengok orang lain nak buat muffin, kita pun nak buat jugak. Maka bermulalah projek pertamaku. Mini muffin sahaja yang mampu kubuat masa nih..hehe. Bila selesai buat tuh dan makan muffinku ituh, rasa agak kosong teksturnya. Rasanya perlu buh pisang dan buah segala bagai. Tetapi takpe, tu cubaan pertamaku. Lepas ni banyak masa lagi nak buat..cewahh.. Apa kata owang putih tuh "practise make perfect"...cewahh.
Rasanya perlu buat dalam bekas cawan kertas yang keras dan besar sikit baru sesuai. Agak menggeleber kejadian muffinku bila dah siap dibakar. Ni kira projek jualan di pejabat encik suami - nampaknya tidak boleh lagi dijual sebab percubaan pertama. Selain itu, dapat juga melihat kurang lebihnya bagi menyesuaikan dengan kos dengan harganya. Kemudiannya, kuletak bekas tat sebagai alas cawan kertas, agak stabil kejadiannya.
agak tidak stabil bila dimasukkan dalam cawan kertas |
jangan tertipu, ni hasil bakaran kedua...hehe |
kanan sebelah atas - hasil bakaran pertama, kanan sebelah bawah - hasil bakaran kedua, sebelah kiri - hasil bakaran ketiga - nampak agak mantop..cewah.. practise make perfect gituh... |
Jom layans cara kubuat. Resepinya ada kat bawah nih.
MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor
Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko
Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/06/muffin-marble-coklat-chips-again.html#ixzz25VvQc4FJ

Selamat mencuba ye.
2 ulasan:
Ok, membuak2 semangat nak buat jugak (kononnya...) tapi sampai skrg tak terbuat...hahahahh
Insya-Allah boleh je buatnya kak..ada usaha dan daya, jadiklah nanti..hehe...
Catat Ulasan