Assalamualaikum sahabatku semua.
Bertemu lagi di pagi Jumaat yang penuh barokah ini (yeayy mood rajin sudah mari). Pejabat agak sunyi pagi ni sebab ramai pegawai dan staf bertugas di luar kawasan - Miri dan Bintulu/ Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Miri dan Pertandingan Forum Remaja 2015 Peringkat Negeri Sarawak. Semoga urusan sahabat semua dipermudahkan oleh Allah SWT..Amin.
Kami yang tinggai ni, apa lagi jalankan tugaslah. Sedang kemas kini fail meja you. Diana, Fatin, kak Monie, Kak Suzanti...dah siap lum Fail Meja? Seronok buat fail meja sebenarnya kalau dah dapat rentak. Tapi nak tunggu datangnya rentak itu sungguh hebat dugaannya kans...MALAS. Perlahan-lahan kita selesaikan k.
Malam tadi sebelum tido, tetiba ada rasa kerinduan pada sahabatku semua. Rindunya dengan suasana KL. Susahnya nak jumpa mereka. Kalau takde bawa peserta sahibba/puisi mahupun forum pelajar, takdenya dapat aku ke KL. Rindunya!! Ni baru sahaja hantar borang nak dapatkan kursus ke KL-mudah-mudahan dapat. Sampaikan ramai kakak-kakakku yang kukenal, ramai yang dah bersara tidak sempat kupamit. Doaku dari kejauhan agar mereka semua diberi kesihatan yang baik, ketenangan, rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan oleh Allah SWT..Amin.
Moh kita sambung kerja...jangan mengantuk ye Suhana!
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Jumaat, 15 Mei 2015
Selasa, 12 Mei 2015
Bila nak mula nih?
Assalamualaikum sahabat semua.
Mood rajin dah marii..sangatt..hehe.
Sementelah takde projek sendiri ditangani sehingga akhir bulan Mei, dapat mencuri masa nak mencoret. Nak celen Diana tak mampu rasanya..haha. Hujung minggu baru nih, berpeluang ke Sebuyau (bersebelahan Daerah Simunjan). Meraikan adik sepejabat yang bertunang dengan orang Temerloh..you you! Alhamdulillah. Nak ke Sebuyau perlu menaiki feri di pangkalan Sungai Buloh - yang bawak kereta dan penumpang sekali, tak jauh mana pun dalam 10 minit je dah sampai ke seberang. Jambatan penghubung sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun 2017.
Buat majlis bertunang sebelah malam dalam suasana yang sederhana - alhamdulillah. Tanpa memasang peterena indah ke khemah untuk tetamu, tetapi cukuplah perut kami diisi dengan kenyang dan lazat..hehe. Iyelah, zaman sekarang, susah nak cari majlis pertunangan yang simple. Pada zaman sekarang, siap pasang khemah 2-3 buah, peterana indah dan meriah bagai. Memanglah tuan rumah berniat baik, dapat mengumpulkan saudara-mara dan erat silaturrahim. Tetapi sekiranya sudah tahap membazir, tidak elok rasanya. Elok majlis pertunangan dibuat secara sederhana dan majlis akad nikah-persandingan dibuat meriah sebagai tanda ikatan sah termerai sudah dan wajib diuar-uarkan. Apapun, bergantung kepada niat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati segala perkara yang kita lakukan..Amin.
Nampaknya bulan Mei ni meriah dengan majlis perkahwinan mahupun bertunang-iyelah nak buat sebelum bulan puasa katanya. Sepupu sendiri pun ada nak buat hujung minggu nih-pastu boleh pulak diberitahu semalam. Nak beli tiket balik kampung, mahai wei dik. Nampaknya hanya doa mengiringimu dik-semoga majlis berjalan lancar dan jodoh berkekalan hingga ke jannah..Amin. Kalau diberitahu sebulan lepas, insya-Allah dapatlah kubalik. Dahlah sepupu yang akhir buat majlis kenduri kahwin dalam keluarganya, agak terkilan juga tak dapat datang merai.
Eh..panjang plak aku mencoret..karanglah sambung lagi..nak sambung tugas!! Hehe...

Bila mood nak mai...
Assalamualaikum semua...
Selamat hari Jururawat aka Misi aka Nurse sedunia hari ini..eh tetiba plak ek. Tetapi, oklah dapat ucapkan selamat pada kawanku Misi Azura.
Sebenarnya takde idea nak tulis apa..jap lagi nak mesyuarat..hehe..
Semalam ada hati nak membaking kek coklat, kok tetiba pergi Santubong jumpa adik yang baru sampai ke rumah mertuanya. Pastu sampai lewat ke rumah...hehe..tak jadik.
Mudah-mudahan petang ni datang mood rajin...sambil mencuci baju, sambil membaking kek...insya-Allahh...

| Gambar selingan - Tebingan Sungai Sarawak |
Rabu, 6 Mei 2015
Bertemu dalam tahun 2015
Assalamualaikum semua...
Bertemu lagi dalam bulan April 2015 setelah setahun lebih tidak bersiaran. Agak-agaknya kalau ada anugerah blog paling malas kemas kini..layan ku tercalon..hihi..Dalam himpunan waktu yang terlalu cepat berlalu ini, diam tak diam hampir masuk lima tahun aku berkelana di bumi Darul Hana ini (Sarawak). Ramai yang bertanya, tak nak balik ke Semenanjung ke? Apatah lagi mak abah dan adik-adik..ko tak nak balik ke Na? Hmm susah nak bilang sebenarnya, tapi nak cakap mudah..nak bilang tak pandai..hehe...ko ni macam tak nak balik je Su? Kawan dan jiran-jiran di KL plak menambah.
Kalau diikutkan, sesuatu penghijrahan satu perkara yang baik - memang baik pun, sebab itu macam tak nak balik ke Semenanjung (buat masa inilah). Ada juga berbincang dengan suami, kita ambik masa setahun dua lagi baru fikir nak baik ok. Ok bang! Siap bagi jawapan dengan abah dan adik-adik, tahun depan kami minta pindah. Konpiden punya jawapan kans..hehe. Apa pun bergantung pada encik suami, kalau dia kata jom pindah, i ikut jer...cewah.
Alhamdulillah, melangkau masuk bulan Mei nih, tiga projek yang kuurus dah selesai dengan jayanya dengan bantuan semua staf DBPSar. Selepas ini ada tiga lagi projek menyusul ditambah dengan projek pegawai lain yang perlu dibantu - hidup saling membantu. Dengan sebab kesibukan itu jugaklah dah berapa bulan dapur membakar tidak berasap (dapur masak untuk makan malam pun jarang berasap-berminyak je hado). Kadang kala hati membuak-buak nak membakar kek bagai, tetapi tahap malas menguasai minda dan fizikal..haha.alasan sangatt kans. Tetapi jiwa membakar tetap membakar di jiwa...hehe..
Nak cerita sikitlah, apa perubahan yang berlaku sejak kami bermastautin di Sarawak ni. Antaranya:
1. Aku minat membakar kek bagai - kumpul ke , cari ke buku resepi..memang aku tere..haha (tetapi masak lauk-pauk ikut musim atau ikut kerajinan atau ikut giliran dengan encik suami yang lebih tere memasak daripada aku)
2. Kami hampir atau tidak langsung berpeluang bercuti di luar Malaysia. Paling jauh di Penang - itu pun tahun lepas. Bukannya apa, kalau nak bercuti ke luar Malaysia, perlu naik dua penerbangan, kan dah melibatkan dua kos..huhu. Apa yang kami boleh buat, balik kampung (KL-Kuantan-Batu Pahat)
3. Anak-anak jiran kat KL, hamboi dah membesar dengan jayanya, dulu ukuran ketinggian bawah kita, sekarang dah melepasi bahu kita (hilang kenangan masa bersama-sama mereka)
4. Sudah tentulah pandai kelaka (bercakap) Sarawak ye dok - kamek, kitak, melobo-lobo, cerit, loba, supan, kuowa, towija dan banyak lagi
5. Kita sambung lagi hari ini (6 Mei 2015) setelah balik daripada bercuti (KL jer). Apa lagi nak cakap ek. Tetiba takde idea.
6. Pembahagian tugas semasa di DBP, KL tak sama bila berpindah ke Sarawak. Daripada duk saja kat meja (sekali-sekala buat penyelidikan luar) kini bertukar 360 darjah - buat kerja-kerja pengembangan (badan pun boleh jadi kombang..hehe). Ambil hal ini sebagai satu cabaran, bertatih hingga jadi lebih baik untuk menguruskan projek - Forum Pelajar, Pertandingan Pantas Jawi, Sahibba, Deklamasi Puisi, Majlis Tinta kenyalang, Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah dll. Duduk dalam satu organisasi yang kecil (63 orang staf) perlu saling bekerjasama
Itu sahaja buat masa ni. Letih mak nak menulis aka menyoret. Harapnya lepas ni lebih rajin membaking, rajin memasak, rajin buat kerja dll.

Selasa, 11 Februari 2014
Tahun 2014
Assalamualaikum sahabatku semua.
Setelah sekian lama tidak mencoret kata-kata, akhirnya muncul kembali. Lepas ni ntah bila plak nak sambung lagi..hehe. walaupun tengah sibuk nak draf banyak surat rasmi ni, kucuri masa sikit nak mencoret. Selamat tahun baharu semua sahabatku (dah masuk bulan Februari, Suhana oii!_haha). Aktiviti harian, mingguan dan bulanan tak jauh berbeza. Cuma minggu ni rehatkan fizikal dari buat kek bagai untuk jualan sebab stok bekas kek dah habis. Tapi tak boleh diam, buat kek juga untuk beri pada kengkawan.
Pada awal tahun baru ni, ada juga bercuti ke Penang_dari Kuching terus ke Penang. Tiket agak murah, maka berdualah kami ke sana untuk menjelajah pulau mutiara. Cuaca agak sejuk. Motif utama ke sana ingatkan nak naik Bukit Bendera, namun tak kesampaian sebab ditutup untuk kerja-kerja penyelanggaraan-takde rezeki namanya. Kami banyak berjalan sekitar Batu Feringgi dan Teluk Kumbar (dah hafal dah jalan_haha). Apa yang bestnya juga, dapat merasa menaiki feri ke seberang (alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah) dan semata-mata beli jeruk madu Pak Ali_haha. Pastu balik ke pulau semula ikut jambatan_agak licin sebab hujan. Alhamdulillah, dapat merasa pengalaman tersebut. Tak kira, lepas ni nak ke Penang semata-mata nak naik Bukit Bendera jer_haha.
Tak lama kemudian, dapatlah beli tiket agak murah untuk balik berdua ke kampung encik suami. Maklumlah tahun baharu Cina, rugi kalau tak balik sebab hari cuti sesuai untuk cuti lama. Dan leni dah naik kerja, fokus untuk laksana pelbagai projek dan projek. No cuti balik Malaya dalam bulan dua hingga lima_ boleh caya ke..hehe.
Pasni juga fokus adik nak bersalin plak kat kampung mertuanya_Santubong. Lepas bersalin, barulah keluarga di kampung datang ke sini bulan tiga nanti_meriah rumahku..yeayy. Semoga Allah permudahkan adikku bersalin nanti_Amin.
Sebelum mengundur diri seketika, meh tengok hasil kek yang kubuat dengan bantuan encik suami sebagai pelukis pelan_eh silap, penulis tulisan pada kek_jika tak sempat, terpaksa cetak je kat kertas. Layannss..
Bab comot, senget-benget tuh sila abaikan k. Masih belajar dan terus belajar. Macam tak percaya ku boleh buat semua tuh sebab dolu-dolu ku lah orang yang paling malas nak masak, baking bagai, apatah lagi nak masuk dapur. Tapi alhamdulillah, leni agak rajin..jom layans_haha. Ini semua poyooo!!

Khamis, 1 Ogos 2013
jom balik kampung...
Assalamualaikum sahabatku sekalian...
Pejam celik pejam dan celik lagi, Ramadan nak berakhir. Ada tujuh hari lagi kurang lebih, Muslimin dan Muslimat akan meraikan kemenangan. Tetapi sejauh mana tahap ibadah puasa kita? Kuakui agak bersemangat untuk mengerjakan solat Terawih pada awal Ramadan kali ni, tetapi mendapat 'cuti' lapan hari pulak. Selepas itu baru dapat menyambung semula puasa - semangat dijana semula. Lokasi solat Terawih yang paling hampir dengan perumahan kami, di Kompleks Perumahan Polis Tabuan.
Persiapan Syawal macam mana pulak? Agak sederhana nampaknya tahun ini. Upah baju hanya sepasang. Ada beli online tapi macam tak kena, rezeki adik nampaknya.Encik suami upah sepasang, beli sepasang tau. Tengoklah nanti kalau sempat, cari kat KL atau Kuantan. Kuih pun hanya beli tat nenas jer. Yang lain buat sendiri - florenta almond, popia nestum, cookies (semua yang mudah nak buat - selamat hidup..huhu).
Kemudian, dua bijik kek lapis tau. Percubaan pertama kurang berjaya nampaknya. Bertindak kurang bijak dengan tidak mengalas loyang. Bila nak dikeluarkan dari loyang, melekat sikit.. huhu.. dahjadi cacat kek lapis itu (tetapi lapisannya kacak). Kemudian kurang coklatnya pulak. Konpiden jer beli coklat Cadbury dua bekas yang kecil, ghupenya tak cukup hokey, patutnya beli sebalang besar. Kali kedua buat adunan yang mudah dan sedap - kek lapis strawberry cheese. Nampaknya mudah nak buat dan yang penting mudah dikeluarkan sebab buh alas - alhamdulillah. Namun, tempahan atau kiriman kek lapis wajib beli, iyelah buat sendiri untuk keluarga jer, kalau terima tempahan maunya ku cuti sebulan...hehe.
Siap ada tempahan kek coklat kukus plak tiga bekas..layan. Tak terkabe (larat) kata oghang Sarawak rasa badan nih. Tetapi kugagahi jua. Sambil-sambil bakar guntingan popia (sepatutnya digoreng - tapi nak elak berminyak). Pastu bakar florenta almond plak-kuih terkini katanya. Selesai. No more buat kuih lagi sebab esok malam dah nak balik KL dah, yahoo.com. Penat tapi puas.
Lepas ni, apa lagi, balik kampung ler. Giliran beraya tahun ni di Johor dulu baru Kuantan. Disebabkan cuti awal, kami balik Kuantan dulu ngabas (jumpa) ma abah. Pastu turun KL semula, balik sekali dengan adik yang turundari kayangan, eh silap dari Langkawi. Harap kereta muat untuk isi barang kami juga - jangan bawak barang banyak sangat ye Ani! Hehe...Dahlah kami ni menumpang, kami anak perantauan, tiada apa-apa..tetiba.
Lepas tu berapa banyak lepas daa..dah beraya di Johor, balik semula ke Kuantan. Iyelah bukan selalu dapat ngabas orang tua. Apa lagi, manfaatkan ruang yang ada. Tak cuti lama sebenarnya kami ni sebab 15 Ogos dah naik bekerja semula. Nanti nak cuti Raya Haji lagi, simpan-simpanlah cuti tu ye Suhana.
Untuk sahabatku semua.
Selamat menghabiskan ibadah puasa kita dan Selamat menyambut lebaran. Hati-hati memandu dan ingatlah orang tersayang. Maafkan lahir batin dari kami. Semoga Allah menerima amalan dan ibadah puasa kita. Amin...
Pejam celik pejam dan celik lagi, Ramadan nak berakhir. Ada tujuh hari lagi kurang lebih, Muslimin dan Muslimat akan meraikan kemenangan. Tetapi sejauh mana tahap ibadah puasa kita? Kuakui agak bersemangat untuk mengerjakan solat Terawih pada awal Ramadan kali ni, tetapi mendapat 'cuti' lapan hari pulak. Selepas itu baru dapat menyambung semula puasa - semangat dijana semula. Lokasi solat Terawih yang paling hampir dengan perumahan kami, di Kompleks Perumahan Polis Tabuan.
Persiapan Syawal macam mana pulak? Agak sederhana nampaknya tahun ini. Upah baju hanya sepasang. Ada beli online tapi macam tak kena, rezeki adik nampaknya.
Kemudian, dua bijik kek lapis tau. Percubaan pertama kurang berjaya nampaknya. Bertindak kurang bijak dengan tidak mengalas loyang. Bila nak dikeluarkan dari loyang, melekat sikit.. huhu.. dah
Siap ada tempahan kek coklat kukus plak tiga bekas..layan. Tak terkabe (larat) kata oghang Sarawak rasa badan nih. Tetapi kugagahi jua. Sambil-sambil bakar guntingan popia (sepatutnya digoreng - tapi nak elak berminyak). Pastu bakar florenta almond plak-
Lepas ni, apa lagi, balik kampung ler. Giliran beraya tahun ni di Johor dulu baru Kuantan. Disebabkan cuti awal, kami balik Kuantan dulu ngabas (jumpa) ma abah. Pastu turun KL semula, balik sekali dengan adik yang turun
Lepas tu berapa banyak lepas daa..dah beraya di Johor, balik semula ke Kuantan. Iyelah bukan selalu dapat ngabas orang tua. Apa lagi, manfaatkan ruang yang ada. Tak cuti lama sebenarnya kami ni sebab 15 Ogos dah naik bekerja semula. Nanti nak cuti Raya Haji lagi, simpan-simpanlah cuti tu ye Suhana.
Untuk sahabatku semua.
Selamat menghabiskan ibadah puasa kita dan Selamat menyambut lebaran. Hati-hati memandu dan ingatlah orang tersayang. Maafkan lahir batin dari kami. Semoga Allah menerima amalan dan ibadah puasa kita. Amin...
Rabu, 17 Julai 2013
Ramadan 1434H
Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik, dah lapan hari kita berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. Ada juga tanamkan azam untuk betul-betul menunaikan solat sunat terawih,apakah selama ini tidak betul-betul? Oo tidak. Sebelum ini agak culas sebenarnya - kembali ke jalan yang terang, cuba nak tingkatkan sedekah amal jariah dan nak kurangkan makan ni tak masuk dalam list pun tak apa hokey. Semoga Allah memudahkan ibadah kita semua.
Selama enam hari, Allah memberi rezeki untuk ku bercuti daripada berpuasa-alhamdulillah. Danhari ini, baru bermula semula ibadah puasaku. Ku tambah-tetiba datang lagi..huwaa...Ada juga kami balik minggu lepas ke KL-berpuasa di KL katanya (tiket dah beli lama-Murahhh-ayat tak boleh blah kata kawan aku..haha). Mulanya memang dah beli tiket pergi balik naik MAS, MAS gitu, murah tambangnya, bolehlah berlagak jap ek. Balik hari Jumaat malam dan Isnin pagi kembali ke Kuching. Namun apakan daya, terpaksa balik Ahad pagi (dah beli tiket tambang murah plak-yang ni guna duit encik suami) sebab beliau kena bertugas sebagai ketua penjaga periksa di UiTM. Redho jelah ye Suhana. Macam balik kampung depan mato jer...sekejap sangat-sangat.
Apa azamku lagi? Tak nak boros berbelanja, membazir amalan syaiton-boleh percaya ker? Oklah kan, baju raya hanya tempah sepasang mesti kak Monie heran kan..hihi. Kuih pun tak nak tempah tapi kek lapis kegemaran nak juga tempah tau. Nak buat kuih raya sendiri katanya, biskut florenta wajib buat senang je tuh buatnya..cewah, kek lapis sebiji dua boleh caya kerr dan seangkatan dengannya janji mudah nak buat.
Apa pun puasa kali ini agak bersederhana dalam berbuka puasa. Rutin harian kami, bersihkan daun salad, hiris timun dan lobak-perahkan lemon, masukkan dalam peti ais seketika. Pastu lumurkan daging ayam yang telah dipotong siap dengan garam dan segala mak nenek, goreng dengan minyak zaitun (bermacam cara dah buat, janji jadi ayam goreng masak kunyit, halia dsb). Pastu hidangan sampingankalau ada. Leni encik suami rajin plak buat popia. Memula buh inti sayur, pastu inti kari kentang. Pasni tak tahu apa pulak. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada kalau rasa nak makan banyak sikit, apa lagi balik Kg Mang lah jawabnya (hujung minggu).
Nak berkongsi satu lagi rasa kepuasan dalam bulan puasa ni apabila dapat berbuka dengan kurma dan air, selepas itu menunaikan solat maghrib, kemudian barulah makan makanan beratmungkin hidangan berbuka tak meriah kot..hehe... Rasa best pulak (itu perkara kecil yang dapat diikut buat masa ini-syukur). Mungkin pada pandangan mata orang lain tak ambil kisah pun. Pada kami, bila dapat buat perkara ini, dapat memberi kepuasan-hanya Allah sahaja yang Tahu. Alhamdulillah.
Alhamdulillah encik suami dapat mengurangkan berat badan lebih sepuluh kilo dahdengan menjauhi karbohidrat. Sebelum bulan berpuasa lagi dah amalkan makanan sihat. Aku? Jangan cakaplah. Sebelum berpuasa hari tu, sarapan dan makan tengah hari macam biasa, bila balik rumah je boleh ikut rentak makan encik suami. Nak kata turun tak turun, nak kata naik tak naik..haha. Sebenarnya bukan susah mana pun nak kontrol makan kita, antara nak tak nak jer. Sejauh mana usaha kita dan kekuatan mental kita untuk mengawal pemakanan kita. Harapnya bulan puasa ni dapat mengurangkan lemakss di samping dapat pahala berpuasa, amin. Nak beli baju raya ready made pun tak konpiden lagi..haha. Pakai apa yang ada, kata nak jimat kenss..
Alamak teringin nak makan bubur lambuk stail Pahang lah. Aci tak kalau buat bang...huhu
Baiklah, sampai sini dulu coretan kuyang kejap ada kejap lambat ikut mood nan hado. Nampaknya, satu bulan satu entri jugak..huhu..
Sampai ketemu lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kurangkan makan, lebihkan senyuman, sedekah dan amal jariah. Serta hindari Param selagi boleh..haha tetiba.
Pejam celik pejam celik, dah lapan hari kita berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. Ada juga tanamkan azam untuk betul-betul menunaikan solat sunat terawih,
Selama enam hari, Allah memberi rezeki untuk ku bercuti daripada berpuasa-alhamdulillah. Dan
Apa azamku lagi? Tak nak boros berbelanja, membazir amalan syaiton-
Apa pun puasa kali ini agak bersederhana dalam berbuka puasa. Rutin harian kami, bersihkan daun salad, hiris timun dan lobak-perahkan lemon, masukkan dalam peti ais seketika. Pastu lumurkan daging ayam yang telah dipotong siap dengan garam dan segala mak nenek, goreng dengan minyak zaitun (bermacam cara dah buat, janji jadi ayam goreng masak kunyit, halia dsb). Pastu hidangan sampingan
Nak berkongsi satu lagi rasa kepuasan dalam bulan puasa ni apabila dapat berbuka dengan kurma dan air, selepas itu menunaikan solat maghrib, kemudian barulah makan makanan berat
Alhamdulillah encik suami dapat mengurangkan berat badan lebih sepuluh kilo dah
Alamak teringin nak makan bubur lambuk stail Pahang lah. Aci tak kalau buat bang...huhu
Baiklah, sampai sini dulu coretan ku
Sampai ketemu lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kurangkan makan, lebihkan senyuman, sedekah dan amal jariah. Serta hindari Param selagi boleh..
Selasa, 28 Mei 2013
tetiba...
Sebelum nak beradu, jom layan gambar ceria kubersama teman-teman sepejabat. Sesekali mereka nak inteprem gak kan. Yang tengah tu Stephanie Lenya Chaong, nama pendeknya Step - seorang yang baik, bijak, rajin.
Suka tau dengan semangat bekerjanya dan juga personalitinya yang merendah diri dan rajin belajar sesuatu perkara baharu berkaitan tugasnya. Step bersekali denganku kursus induksi di KL sebelum ni.
Yang sebelah kiri tu Kak Shirley Amilia Nayong atau nama panggilannya kak Non. Seorang yang cantik, baik dan suka membantu kengkawan. Kak Non ada dua orang anak buah yang sangat comel.Macam cite kanak-kanak plak ek...haha
Itu je nak cite malam nih...hehe..jangan boring tau kengkawan...yang tudung oren tu jangan cakaplah, sengih memanjang je kerjanya..haha..
Untuk perhatian kengkawan terutamannya kak Monie, hakak tudung oren dan Step dan seangkatan dengannya sedang dalam proses mendietkan diri kami hokey...jom sahut cabaran kami kak Monie - kawal makan dan berjoging.Joginglah sangat kans...haha..mereka joging tp ku sesah baju dua bakul je.. hehe.. cukuplah tu kans...hehe..mesti dapat hilangkan 1000 kalori paling kurang..haha..mesti kak Monie marah nanti dengan kenyataan poyo ku ini..
Suka tau dengan semangat bekerjanya dan juga personalitinya yang merendah diri dan rajin belajar sesuatu perkara baharu berkaitan tugasnya. Step bersekali denganku kursus induksi di KL sebelum ni.
Yang sebelah kiri tu Kak Shirley Amilia Nayong atau nama panggilannya kak Non. Seorang yang cantik, baik dan suka membantu kengkawan. Kak Non ada dua orang anak buah yang sangat comel.
Itu je nak cite malam nih...hehe..jangan boring tau kengkawan...
Untuk perhatian kengkawan terutamannya kak Monie, hakak tudung oren dan Step dan seangkatan dengannya sedang dalam proses mendietkan diri kami hokey...jom sahut cabaran kami kak Monie - kawal makan dan berjoging.
kek karot aka lobak yer...
Atas dasar kerinduan dan sedikit kerajinan untuk 'membaking', maka terhasillah kek karot aka lobak merah. Bukan karot komedia ek..haha. Maaflah tak dapat tunjuk kek yang penuh. Dapat tunjuk bahagian kek yang sudah dibahagi-bahagikan untuk kengkawan, rezeki mereka nampaknya.
Ni cuba resepi yang kawan bagi, tengkiu pren. Sebenarnya bila 'search' resepi kat blog, berlambak resepi kita boleh dapat. Resepi pun tak banyak beza, nak kena rajin mencuba jer...hehe..
Tapi macam biasalah, keadaan suhu dan masa oven yang tidak selaras, agak menganggu perjalanan pembakaran sebiji kek. Berkali-kali melihat keadaan kek dan terpaksa beberapa kali menambah suhu dan masa pembakaran.
Dengan banyak kesabaran, jadiklah kek karotku...alhamdulillah..takde cite lain gamaknya..asyik cite kek je ek...
![]() |
| nampak je buruk, tapi sedap tau.. |
Tapi macam biasalah, keadaan suhu dan masa oven yang tidak selaras, agak menganggu perjalanan pembakaran sebiji kek. Berkali-kali melihat keadaan kek dan terpaksa beberapa kali menambah suhu dan masa pembakaran.
Dengan banyak kesabaran, jadiklah kek karotku...alhamdulillah..
alat baharu...
Alhamdulillah encik suami ada membelikan ku sebuah alat baharu untuk membantu para suri rumah tangga macamku, suri rumah tanggalah sangat ekk. Best sangat. Apa dia bendanya? hehe..jeng jeng..taraaa..over plak ye.
Tapi bila nak guna nih. Sebab leni malas amat untuk menggosok baju sendiri. Dah ada benda nih, takde alasan lain ye.Tetapi bila nak cuba guna ekk. Perlu hargai suami tau, tanda prihatin dan sayang pada isteri. Harus puji lebih tau..hehe.
Nampaknya, tunggu beberapa hari lagi encik suami balik bercuti barulah ada semangat nak cuba tau. Bersabarlah ye alat baharu itu. Agak-agak lepas ni boleh buka kedai dobi tak? kui kui...
![]() |
| steamer baju ek..nama bm nya..apa ekk.. |
Nampaknya, tunggu beberapa hari lagi encik suami balik bercuti barulah ada semangat nak cuba tau. Bersabarlah ye alat baharu itu. Agak-agak lepas ni boleh buka kedai dobi tak? kui kui...
Khamis, 23 Mei 2013
Apa habaq...
Assalamu alaikum....
Sahabatku yang amat dikasihi sekalian. Apa habaq semua. Rindu kat cheq tak?..haha..perasan sangat.
Ya Allah dah lama rasanya tak bersiaran...tahap kemalasan gaban taro nampaknya. Maklumlah busy dan banyak tugas nak kena buat.Orang lain pun busy gak kan. Nak membaking pun malas..acaner. Nak memasak sekarang pun dah boleh skip selalu sebab encik suami mulai mendiet. Sukalah tuh! Secara tak langsung, dapatlah tuan badan nih turun mendiet. Betul-betul nih tau, buka memain..haha.
Bukan apa, seorang dua kawan kat pejabat ni dah mula mendiet dan berjoging setiap hari. I perasan pun badan dah susut sikit.Perasan lagi. Sebab gelang yang dipakai ni asyik melurut je kat lengan. Melurut sangat kans..haha. Satu perkara lagi yang best, nanti bolehlah bawak biskut bagai makan di kantin, pastu order air panas je, kemudian celup. Bayangkan macam makan burger jelah kesedapan biskut itu.
Seronok sebab dapat kawan untuk mendiet, pastu saling mengingati..hepps jangan makan itu, ini, kolestrol, lemak wei..Oh bestnyer..ehh, best ke...haha.Tak seronoknya sebab kena kawal makan sedap-sedap. Harap-harap dapat mengurangkan 10 kg..ingat sekampit beras ke..hihi. Jangan kuruih di jari je sudahlah, bak kata Mama Monie... kui kui kui
Ku dah boleh happy sikit leni sebab dua majlis DBP dapat ku selesaikan - 30 April 2013, Forum Pelajar. dan baru semalam usai mengadakan majlis untuk tiga pertandingan (22 Mei 2013) - pertandingan deklamasi puisi sekolah menengah, pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah dan pertandingan pantas Jawi.Bila menulis ni baru teringat bahawa lupa nak e-melkan senarai nama pemenang ke KL..aduhai.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuma tak pengsan je. Terima kasih semua staf yang bersama-sama membantu menjayakan majlis.
Sebelum majlis di atas berlangsung, sempatlah jugak balik kampung untuk mengundi dan membantu keluarga menjayakan majlis perkahwinan adik pada hari yang sama. Jangan tak tahu, adikku dapat jodoh dengan orang Santubong. Nampaknya tak dapat pisahkan ikatan Sarawakian hingga bersambung pada adikku. Hari Jumaat minggu lepas pun kusempat balik KL sorang menjenguk rumah. Encik suami ada kelas PJJ pulak ye.Dapatlah aku merambu ke KL (dalam keadaan kewangan yang tidak mengizinkan - berangan je kan).
Selepas ini nak tumpukan pada majlis Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober dan satu lagi majlis dalam projek ku - Majlis Anugerah Tinta Kenyalang. Harapnya dapat buat pada bulan Oktober gak. harapnya tidak melewati bulan November atau Disember.
Oh ye, satu lagi projek baik punya.Projek juta-juta lemon. Ada jugak membuat batas, dua ye, dua batas tanah ye untuk kutanam jagung katanya. Benih dah lama ada dah, tapi belum disemai je. Makanya dengan semangat gigih dan dengan daya kekuatan yang ada, kucangkul itu tanah (bekas tempat bakaran), buat dua batas dan tanam biji butir jagung itu, rupanya ada lapan ketui je. Buh jelah, banyak hal pulak ek. Namun demikian, setelah seminggu ditanam itu benih, tarak jugak naik. Kata encik suami, dalam sangat buh biji kot..haha.. Itulah Suhana, bajet pandai pastu tak nak bertanya. Lepas beberapa hari ni tak berbuah gak, nak kena korek semula gamaknya. Rumput adalah naik..huhu
Oklah sampai kat sini dulu. Mesti boringkan baca ceritaku dengan tiada gambar sebagai penyeri.Belum cuba nak masukkan gambar sebenarnya. Esok cuti umum. Nak pergi mana ek. Nak cari kayu, nak cari kayu..haha. Tadi encik suami bertanya, esok nak ke mana, maka jawab tuan puteri (sangat), esok kita balik Kg Mang ye bang... Insya-Allah. Rindu nak jumpa keluarga angkat sebenarnya..hehe
Ok cau cit peng...hehe
Sahabatku yang amat dikasihi sekalian. Apa habaq semua. Rindu kat cheq tak?..haha..
Ya Allah dah lama rasanya tak bersiaran...tahap kemalasan gaban taro nampaknya. Maklumlah busy dan banyak tugas nak kena buat.
Bukan apa, seorang dua kawan kat pejabat ni dah mula mendiet dan berjoging setiap hari. I perasan pun badan dah susut sikit.
Seronok sebab dapat kawan untuk mendiet, pastu saling mengingati..hepps jangan makan itu, ini, kolestrol, lemak wei..Oh bestnyer..ehh, best ke...haha.
Ku dah boleh happy sikit leni sebab dua majlis DBP dapat ku selesaikan - 30 April 2013, Forum Pelajar. dan baru semalam usai mengadakan majlis untuk tiga pertandingan (22 Mei 2013) - pertandingan deklamasi puisi sekolah menengah, pertandingan sahibba sekolah rendah dan menengah dan pertandingan pantas Jawi.
Sebelum majlis di atas berlangsung, sempatlah jugak balik kampung untuk mengundi dan membantu keluarga menjayakan majlis perkahwinan adik pada hari yang sama. Jangan tak tahu, adikku dapat jodoh dengan orang Santubong. Nampaknya tak dapat pisahkan ikatan Sarawakian hingga bersambung pada adikku. Hari Jumaat minggu lepas pun kusempat balik KL sorang menjenguk rumah. Encik suami ada kelas PJJ pulak ye.
Selepas ini nak tumpukan pada majlis Bulan Bahasa Kebangsaan pada bulan Oktober dan satu lagi majlis dalam projek ku - Majlis Anugerah Tinta Kenyalang. Harapnya dapat buat pada bulan Oktober gak. harapnya tidak melewati bulan November atau Disember.
Oh ye, satu lagi projek baik punya.
Oklah sampai kat sini dulu. Mesti boringkan baca ceritaku dengan tiada gambar sebagai penyeri.
Ok cau cit peng...hehe
Langgan:
Catatan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Sekadar catatan tiga... Jika bercuti di KL, sebaik mungkin dapat menyantuni sahabat dan taulan, itulah sebahagian kebahagian dalam menjali...