Jumaat, 23 September 2016

Balik kampung Raye Haji...

Balik kampung den dan suami den. Seminggu lebih juga dapat balik. Alhamdulillah. Landing kat Senai, balik Ke Kuching pun ikut Senai. Dapatlah beraya di Kg. Seri Merlong, kemudian raya kedua, balik ke Kuantan dan sempat singgah di Muazam-rumah Su (mak sedara encik suami). Dapat temankan abah semalam dua. Kemudian balik semula ke kampung den. Selagi kita hidup, ada kemampuan dan rezeki, jika dapat balik kampung menjeguk orang tua, marilah kita balik dan gembirakan mereka.
 
~~ Tengoklah gelagat anak buah yang sorang nih. Suka layan dia sekarang sebab dia yang ada kat kampung (Abang Hadi tak balik). Jika disuruh senyum, terus je tunjuk gigi. Hehe...



dengan acik Iman-kawan gaduh kalau acik Iman balik kampung kens..hehe

~~ Kucing dua ekoq ni pulak kesayangan adikku Wanie-dia yang rajin menjaga dan membelainya. Kalau dia takde kat rumah, abahlah yang rajin membelainya. Tengoklah gelagat dua ekoq kucing tuh. Malu-malu sebab duk dalam kandang jer. Memang tak bagi keluaq, takut gaduh dengan kucing lain. Elok je duk dalam kandang, makan minum, berak semua diuruskan adik..hehe. Lagipun tak banyak karenah. Senang nak jaga. Alhamdulillah. Nak kena buat kandang lebih besar lagi gamaknya sebab terbatas pergerakan kucing tuh, tu yang nampak sihat gebu jer.

 
~~ Tengoklah kerja Royyan...sel-sel otak tengah berhubung, kreatif dan hebat - bijak pulak susun mainan dia. Mama kemas mainan dalam bakul, dia tukang telangkupkan dan sepahkan. Aci dak? Haha..dah namanya budak kecik kan. Kang tak main, pelik pulak jadinya kens... Layankan je anak bujang sorang nih.
 


Khamis, 8 September 2016

nenas dan kasturi...

Assalamualaikum dunia...
 
Kabare sahabatku semua. Sebelum nak balik kampung hari ni, meh kite sambung cite. Gambo bawah ni gambo buah nanas yang telah ku kupas dan makan - manis. Ni jenis nenas Sarawak yang beratnya sekilo lebih, beli kat Pasar Duyoh dekat-dekat Serikin nun. Bukan nak cerita pasal berat nenas sangat, tetapi kemalasan bila nak kopek nenas..haha. Lagi-lagi nak buat macam tuh, celoreng dan lorek-lorek. Nasib baik aku yang beli, tu yang kena kerjakan juga nenas ni cantik-cantik. Encik suami yang ajar buat lorek-lorek bagai. Kalau dia buat lagi halus. Aku? Buat yang termampu, janji terbuang mata tajam kat nenas itu..kens. Hehe...


~~ Yang bawah ni pulak gambo buah limau kasturi. Hasil dari pokok yang ditanam di belakang rumah. Alhamdulillah, tak pernah tak berbuah lebat. Lagi lebat kalau ada banyak lagi sarang kerengga (menyumbang kepada kesuburan pokok, rasanya). Dah masuk tahun kelima rasanya pokok limau ni banyak mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah. Begitu juga dengan pokok limau purut yang berada di belakang pokok limau kasturi. Sejak setahun dua nih memang lebat berbuah, kadang-kadang jatuh sendiri dan tak tahu nak buat apa. Kalau limau kasturi ni dapatlah bagi pada kat kengkawan dan kak yam (toke kantin)...hehe. Sekarang nih, tunggu lama sikit, baru petik buah limau kasturi - banyak jusnya.


~~ Ok itu jer nak cerita pada pagi Jumaat yang penuh barokah ini. Hari ini balik kampung - turun epot Senai. Lepas raya haji pertama, baru balik Kuantan sat. Tahun lepas, abah pergi haji, tahun ni, adik abah yang bongsu dan suaminya dijemput ke bumi Suci Mekah-Madinah...Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Korban buat semua sahabatku. Semoga semua muslimin dan muslimat yang dapat mengrjakan haji dan umrah pada tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadat haji dan mendapat haji yang mabrur. Aamin. Dan semoga giliran buat kita pulak tahun hadapan. Aamin.

Rabu, 7 September 2016

Durian dan Patin Tempoyak

Durian nak habis musim dan ikan patin masak tempoyak.

~~ Apa cite nih. Hehe. Dahlah balik kampung masa nak abis musim doyan dah, makanya beli doyan pun hagak mahal. Sebab nak makan, layankan ajer (encik suami bayar..i ok jer..haha). Doyan kampung, mai dari Maran katanya. Harga doyan kampung ori RM10.00 sekilo, doyan kahwin campur RM18.00 sekilo. Adohai, beli jelah ek. Sedap, alhamdulillah.

cantik isinya dan sedap rasanya...rasa durian! hehe...

~~ Pastu ada telefon sahabat kami, berbasa-basi tanya kabo. Pucuk dicita ulam mendatang. Mereka jemput datang rumah makan-makan. Siap tanya kami nak makan apa? Nak patin tempoyak dan petai! Best..best. Layankan ajelah tekak aku ni ye kak Ija dan Awie. Kami bawak abah sekali dan pergi ke rumah lepas maghrib. Syukur atas hidangan yang lazat dan layanan mereka yang hebat. Terima kasih kak Ija dan Awie. Nanti kami request lagi...hehe.

sebelah kiri bawah tu sambal tumis bilis dan hirisan jering, pedas dan sedap

~~ Keesokannya pula dah kena balik KL. Dapat balik jumpa abah, alhamdulillah. Semoga dapat menggembirakan hatinya yang duk sorang-sorang kat kampung. Walaupun sekejap, kami cuba balik kampung temankan abah. Ok sambung cite masa nak balik KL, singgah jap Temerloh- Kg Pamah Kasih (rumah mak shafiq dan mertua Fiza). Dah janji dengan mak Shafiq nak singgah ambik buah dokong. Banyak pokok dan banyak buahnya. Kami dijamu makan buah manggis juga. Apa yang lebih best, mak Shafiq masakkan ku ikan patin tempoyak lagi dan lauk lain yang sedap dan mabeles. Kiranya dua kali ku makan ikan patin tempoyak. Alhamdulillah. Dapat bekalan sekotak buah dokong, syukur - dapatlah berbagi dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Terima kasih keluarga Shafiq - mak ayah dan keluarganya.
buah dokong, manggis dan lauk-pauk yang sedap.
sambal tempoyak, petai, ikan bawal goreng, ikan aya singgang,
kacang buncis tumis, gulai telur itik dan patin tempoyak...mabeles

Colmar, Bukit Tinggi 2

Kita buat sambungan entri melalui pengalaman di Perkampungan Jepun (Japanese Village) yang penuh mencabar tetapi tetap cantik dan mendamaikan. Dinasihatkan selepas melalui pondok berbayar, terus menuju ke tempat nih (tak pergi Botanical Garden) sebab masa awal lagi dan belum dapat daftar masuk penginapan. Lagi pun kalau dah sampai ke colmar dulu, nak kena naik bas khas atau kenderaan sendiri untuk ke sini. Nak sampai ke sini perlu menaiki 88 anak tangga atau susur jalan membukit sebelah kiri. Memang tinggi. Orang tua tidak digalakkan naik kecuali sihat walafiat atau ada kenderaan khas yang membawa mereka (kalau ada!).


~~ Selesai naik tangga, jalan ke depan lagi untuk sampai ke papan tanda dan sebuah kedai menjual air, aikrim dan barangan cenderamata (sebelah kanan). Malah ada dijual takoyaki! (tak sempat cuba dah habis dijual..hehe). Sebelah kiri kedai itulah jalan nak ke perkampungan Jepun - membukit juga. Perlahan-lahan jalan ye.

~~ Gambo bawah, atas kiri, inilah tangga nak naik. Pemandangan memang cantik. Subhanallah.


~~ Gambo bawah, dah masuk ke perkampungan Jepun. Gambo interframe sila abaikan..haha..


~~ Akan jumpa air terjun comel yang cantik dan mendamaikan.


~~ Kawasan perkampungan Jepun. Cantik kan? Malar hijau dan mendamaikan.


~~ Kawasan atas sikit..ada pondok ala Jepun...Banyak muka kami berselpie..hehe..sowi...




~~ Ada juga spa..tetapi tutup masa nih. Kalau buka pun, bukan nak masuk pung..hehe


~~ Cantikkan bunga kuning bawah nih..macam pokok orkid.


~~ Gambo bawah ni ialah jalan nak naik atas..akan melalui jambatan dan batuan air terjun dan semestinya ada rumah Jepun di atas lagi....Kalau nak sewa baju kimono pun boleh, sekali pakai RM20.00 rasanya dan boleh ambik gambo di sekeliling rumah Jepun tuh, nak berlari-lari anak pun boleh-gambo puas-puas. Nak cuba terai pakai kok ramai orang - kensel..hehe


 ~~ Gambo bawah kanan..itulah 88 anak tangga perlu dipanjat untuk menuju ke atas..mengah jugaklah kens..


~~ Habis cerita perkampungan Jepun. Meh sambung sikit cite di colmar. Ada kuda berona yang cantik - boleh ditunggang tapi statik..hehe. Sempat ambik gambo tingkap (penjan kata urang Sarawak) yang pelbagai dan unik.


~~ Sekitar pemandangan di colmar. Ada dua ketui (ekoq) angsa hitam (keliru jap-angsa ke itik besar?) yang sedang bercanda. Hanya dapat dilihat waktu siang, kalau malam konpem tak perasan..hehe


~~ Antara lawasan daftar masuk dan menginap di bilik di bangunan yang lain (dalam kawasan colmar juga).

~~ Sempat bersarapan. Hidangan pelbagai dan oklah, sedap. Roti dan muffin memang menarik dan sedap.


 ~~ Gambar last..jangan kecam hakak...hehe..


Colmar, Bukit Tinggi

Kali pertama setelah sekian lama menunggu peluang. Kita tepek gambo dulu ek. Ok jom sambung cerita. Balik KL baru ni sempena cuti merdeka. Sempatlah juga singgah bermalam semalam kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi (nasib baiklah ada guna bahasa Melayu lagi - Bukit Tinggi). Encik suami dah siap-siap awal tempah hotel secara dalam talian - mudah sikit dan tak berebut. Iyelah kans, pergi masa cuti umum. Gambar-gambar di bawah inilah, kawasan sekitar penginapan, iaitu dalam kawasan utama pelancongan di Bukit Tinggi. Nak masuk ke sini akan melalui satu pondok kawalan dan setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM13.00 seorang (sesiapa yang menginap akan dikembalikan duit tersebut semasa daftar keluar). Kami pergi ke Perkampungan Jepun dulu sebelum mendaftar masuk penginapan (ceritanya ada kat entri satu lagi ye).

~~ Subhanallah. Memang cantik kawasan kat sekitar sini. Sekerat hari dah cukup untuk pusing-pusing makan angin kat sini (kecuali nak join aktiviti lasak-memanjat stunt bagai). Sebab bila malam, tak banyak aktiviti boleh buat. Sesuai untuk orang berbulan honey - masuk bilik dan tido..haha. Suasana malam memang tenang selepas tamat persembahan akrobatik ntah apa ntah..haha (tak tengok sampai habis - baik aku tido). Kawasan penginapan dengan kawasan yang hendak ditujui memang jauh dan perlu naik kenderaan khas atau sendirik. 

~~ Nak makan pun mudah, tapi hati-hati sebab ada tempat turut dihidangkan arak walaupun banyak hidangan dijual halal. Jika bawak keluarga ramai, baik bawak makanan segera siap-siap. Harga memang mahal. Jika makan berdua, lap peluh, ok lagi. Makan bertiga, pengsan jap...Makan ramai...wahh..tepuk dahi ajak balik. Hehe... Apa pun terpulang pada bajet masing-masing. Pilihan untuk sarapan pun agak banyak dan sedap. Bangun awal pagi dan keluar bilik pun aman dan tenang sebab semua orang belum bangun lagi..haha..bebas nak bergambar bagai.

~~ Jika nak ke sini dan tidak bermalam pun takpe sebab kawasan nak dilawati tak banyak mana. Dari jalan utama nak masuk ke sini pun tak jauh. Jika nak ke kawasan utama (bangunan tropical nih) je pun ok sebab cantik dan mendamaikan. Banyak bangunan menyerupai tempat di luar negara. Kiranya macam dah bercuti luar negara jer (kalau orang tak tahulah kan). Nasib baik hari merdeka, maka banyaklah bergantungan bendera Jalur Gemilang, opkos orang tahu yang anda sedang berada di mana..haha...Lain masa, boleh bawak keluarga ke sini lagi..Insya-Allah.



pemandangan dari atas...


nasib baik gambo selpie cantik...haha

hidangan makan malam...set ayam panggang...

nak pergi spa, tapi tutup..haha..

pemandangan waktu nak gelap...

pemandangan waktu petang...

selamat datang...




ni hotel castle..berhadapan dengan kawasan colmar.
Ada yang menginap di situ tetapi berjalan-jalan di kawasan colmar

sekawan angsa yang tak berapa nak kawan..dapat ambik gambo dari atas jer..
ada nampak sapa hari tu, siap bergambo duk sebelah angsa lagi...best oo..

hanya ada tiga gerai permainan, boleh cuba...

celup..celup tangan kemudian hilang..hehe..
takdelah..celup tangan untuk dapat bentuk tangan sebagai kenangan...

gambo ni dengan yang bawah ni gambo dekat perkampungan Jepun...

barangan cenderamata yang ada dijual..

tempat nak minum siang atau malam,
bolehlah layan air kopi ke teh cicah roti atau muffin

pemandangan waktu malam dalam kawasan colmar...

sambungan cerita bede girl

Meh kita sambung cerita. Tapi tepek gambo dulu ek. Jom sambung. Alhamdulillah. Terima kasih kepada sahabat baik dan hebatku. Selain ingatan dan kasih sayang daripada suami dan keluarga, ku dikelilingi dengan sahabat yang hebat. Penghargaan daripada Allah adalah sebaik-baiknya. tetapi tak salah untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih buat mereka. 

~~ Terharu, dan terharu sangat apabila usaha sahabat (sahabat lobster-haha-ada cerita di sebaliknya) untuk menghasilkan dan menghadiahkan frame gambar yang sungguh ohsem, sempena hari lahirku. Terima kasih sahabatku dan terima kasih Allah kerana memberi kasih sayang dengan dikelilingi oleh insan-insan hebat. Terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari lahir di muka buku, IG dan wassap (macam retis pulek ye..hehe). 

~~ Kak Rosani, Kak DNK, Kak Nin, Kak Shu, Kak Tim, Edith, Fiza dan geng kampung pisang yang lain. Terima kasih atas segalanya. Kitak urang semua nang hebat dan terbaik. 


gambo kepala lobster paling bosa...ada cite di sebaliknya..haha

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...