Rabu, 7 September 2016

Colmar, Bukit Tinggi 2

Kita buat sambungan entri melalui pengalaman di Perkampungan Jepun (Japanese Village) yang penuh mencabar tetapi tetap cantik dan mendamaikan. Dinasihatkan selepas melalui pondok berbayar, terus menuju ke tempat nih (tak pergi Botanical Garden) sebab masa awal lagi dan belum dapat daftar masuk penginapan. Lagi pun kalau dah sampai ke colmar dulu, nak kena naik bas khas atau kenderaan sendiri untuk ke sini. Nak sampai ke sini perlu menaiki 88 anak tangga atau susur jalan membukit sebelah kiri. Memang tinggi. Orang tua tidak digalakkan naik kecuali sihat walafiat atau ada kenderaan khas yang membawa mereka (kalau ada!).


~~ Selesai naik tangga, jalan ke depan lagi untuk sampai ke papan tanda dan sebuah kedai menjual air, aikrim dan barangan cenderamata (sebelah kanan). Malah ada dijual takoyaki! (tak sempat cuba dah habis dijual..hehe). Sebelah kiri kedai itulah jalan nak ke perkampungan Jepun - membukit juga. Perlahan-lahan jalan ye.

~~ Gambo bawah, atas kiri, inilah tangga nak naik. Pemandangan memang cantik. Subhanallah.


~~ Gambo bawah, dah masuk ke perkampungan Jepun. Gambo interframe sila abaikan..haha..


~~ Akan jumpa air terjun comel yang cantik dan mendamaikan.


~~ Kawasan perkampungan Jepun. Cantik kan? Malar hijau dan mendamaikan.


~~ Kawasan atas sikit..ada pondok ala Jepun...Banyak muka kami berselpie..hehe..sowi...




~~ Ada juga spa..tetapi tutup masa nih. Kalau buka pun, bukan nak masuk pung..hehe


~~ Cantikkan bunga kuning bawah nih..macam pokok orkid.


~~ Gambo bawah ni ialah jalan nak naik atas..akan melalui jambatan dan batuan air terjun dan semestinya ada rumah Jepun di atas lagi....Kalau nak sewa baju kimono pun boleh, sekali pakai RM20.00 rasanya dan boleh ambik gambo di sekeliling rumah Jepun tuh, nak berlari-lari anak pun boleh-gambo puas-puas. Nak cuba terai pakai kok ramai orang - kensel..hehe


 ~~ Gambo bawah kanan..itulah 88 anak tangga perlu dipanjat untuk menuju ke atas..mengah jugaklah kens..


~~ Habis cerita perkampungan Jepun. Meh sambung sikit cite di colmar. Ada kuda berona yang cantik - boleh ditunggang tapi statik..hehe. Sempat ambik gambo tingkap (penjan kata urang Sarawak) yang pelbagai dan unik.


~~ Sekitar pemandangan di colmar. Ada dua ketui (ekoq) angsa hitam (keliru jap-angsa ke itik besar?) yang sedang bercanda. Hanya dapat dilihat waktu siang, kalau malam konpem tak perasan..hehe


~~ Antara lawasan daftar masuk dan menginap di bilik di bangunan yang lain (dalam kawasan colmar juga).

~~ Sempat bersarapan. Hidangan pelbagai dan oklah, sedap. Roti dan muffin memang menarik dan sedap.


 ~~ Gambar last..jangan kecam hakak...hehe..


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...