Makan dan kenduri kahwin lagi. Kenduri kahwin seterusnya gi rumah kawanku Hafiz (baju hijau) di kampung maknya dekat Jalan Rejosari, Parit Botak. Dah lama tak berjumpa dengan geng-geng STPM sebeninya. Yang baju merah tu isteri Hafiz, comel je dan suka senyum. Rumah pun dekat nak pergi majlis, pergi je ajak adik ke sinun. Alhamdulillah dapat jumpa Hafiz dan isterinya. Borak jap pastu balik sebab nak terbang balik Kuching sebelah petang (17 September 2016).
~~ Gambo bawah plak masa kejadian di Sarawak pada 18 September 2016 di Kg. Jemukan, Asajaya, Samarahan. Majlis pengilan (kenduri kahwin) adik yang pernah praktikal kat DBPCS (tiada dalam gambo). Yang tudung hitam dan pink bawah ni kawan-kawan pengantin yang pernah praktikal sama. Jadiklah dapat bergambar dengan mereka. Masa datang, perantin sedang tukar baju untuk persandingan seterusnya. Hehe...Bulan dua belas nanti, Dila-yang tudung hitam akan nikah pulak. Walaupun mereka nih kerja tetap belum ada rezeki lagi (masih kerja sementara), jodoh mereka dah sampai, teruskan je dik. Sementara orang nak (kata orang tua). Huhu...
|
Bawak bodyguard comel dua orang..hehe |
|
Dapat bergambar sekali dengan kak Liza dan Teta...
perantin takde, kita ambil alih jap..posing.. |
|
Masa kami datang (dekat pukul 12 tengah hari) majlis dah nak abis, khemah dah diturunkan sebahagian,
periuk dah dibasuh, tetamu ramai yang dah balik. Nasib baik, lauk ada lagi. Makanlah kita seadanya...
Majlis kahwin kat sini, jam 12 tengah hari memang dah habis majlis ye. Paling akhir 1.00 tengah hari.
Awas kawan-kawan semenanjung kalau ke sini. Pergi seawal 9.00 pagi ye.
Kalau 12.00 tengah hari baru nak pergi..al tammat alhabis lah jawabnya. Hehe... |
|
Kak Norhayati Berahim dan anaknya Teta.
Syukur dapat berjumpanya. Kak Yati ni baik dengan Kak Liza.
Kalau pergi Sarawak, konpem duduk umah kak Liza
dan akan jalankan aktiviti sedekah dan kemasyarakatan bersama-sama. |
|
Makanan ala kampung sungguh. Lauk ayam je budak-budak ni boleh makan.
Aku? Bedal je apa yang boleh masuk tekak. Syukur. |
|
Lepas makan kenduri, berasa nak makan ABCDE...Layann... |
|
Air Batu Campur dan Emmm sedapnya..aku konpem nak isi jagung jer lebih..haha.. |
|
Sambil makan kelupis (lepat pulut) cicah kari ayam..nyumm |
|
Sempat juga carik jagung muda tanaman orang kampung. Nampak banyak je kans.
Ni beli tiga plastik. Seplastik RM3.00 |
|
Hasil setelah dibuang kulitnya. Masak 5 kali sayur pun tak habis lagi bila makan berdua.. |
|
Selamat Pengantin Baharu Hikmah dan Sidek
Semoga kekal bahagia kekal ke Jannah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan