~~ Layankan gambo makanan yang ada pulak. Dah pesan kat abah mertua siap-siap, bagi duit siap-siap (encik suami bagi) untuk tempah tapai pulut dalam daun getah, nampak spesel kan. Lagi rasa kampung lagi. Cara aku makan, biasalah, perah dulu, baru makan..haha. Manis yo. Sapa makan sama cara aku, sila angkat tangan..haha. Bukan hantu tapai pulut tapi hantu tapai ubi kayu..nyamm.
~~ Nampak macam best je kans bila makan tapai dalam daun getah. Kalau orang tak tahu, akan bertanya boleh ke letak dalam daun getah. Kan daun getah kecik-kecik. Hehe. Ni Daun getah yang tak cukup umur. Maknanya ambil daun getah daripada pokok getah yang baru nak membesar paras bahu kita kurang lebih macam tulah-daunnya memang besar dan sesuai untuk letak tapai. Kalau pokok dah besar mencanak tuh, takdelah daun yang kecik dah.
~~ Antara masakan gulai yang mudah tetapi membuka selera. Sayur kacang panjang masak lemak letak petai. Boleh!!. Hehe..Makan dengan sambal bilis pedas ler kans. Terangkat..mabeles. Kalau tak pun, masak bening kulat je. Tumbukkan bawang putih, lada hitam dan udang kering. Campak-campak je dalam air, siap.
~~ Ni ler sambal bilis pedas yang super pedas. Nampak hijau sebab guna cili hijau. Kalau guna cili merah, konpem merah meletops. Ahaks. Cara nak sediakan, goreng bilis garing-garing. Angkat dan tos. Masukkan cili api hijau ka merah ka (goreng jap) dalam lesung, ambil alu, lalu tumbuk sikit-sikit dulu pastu masukkan bilis dan tumbuk sampai sebati. Macam nak buat kek pulak ek. Janji boleh hadam dalam perut. Nak lagi sedap sikit, leh masukkan sebiji dua bawang putih dan bawang merah (goreng jap juga). Siap. Nak guna ikan gelama kering pun boleh, kata encik suami lagi sedap. Aku pernah buat. Sama je cara buatnya. Oklah juga..sedap.
~~ Tambah dengan telur dadar dan ikan selayang goreng (wajib ada ikan goreng). Cukup. Sedap. Mabeles. Alhamdulillah.
~~ Yang ni plak kuih kelupis (pulut) sama macam lepat pulut (stail orang Johor). Panjang-panjang. Ni dah dipotong-potong. Makan cicah kari ayam ke, kari daging ke, susu pekat ke, mabeles. Kalau kat sini makan dengan kari ayam sebab daging biasanya dimasak hitam. Hehe..Mabeles.
~~ Yang ni pulak rambutan kopek kulitnya, masukkan dalam bekas tipuwei ke ori tupperware, letak asam boi putih ka merah ka, boleh jer (baru nak cerita pun dah kembang tekak..acaner). Perahkan limau kasturi (letak sekali kulitnya nak bagi kebabom warnanya), pastu masukkan potongan cili api. Masukkan dalam peti ais beberapa jam nak bagi sejuk nyes..nyes..haha. Memang mabeles yo. Cuba try test ke (kalo musim rambutan ada lagi le).
~~ Kalau takde limau kasturi, meh datang ambik mai Sarawak na. Melobo-lobo (banyak) kat belakang rumah i. Alhamdulillah. Baru tinggai seminggu dok balik kampung, dapat hasil sebekas nih. Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezeki yang diberi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan