Jumaat, 23 September 2016

Lambretta Labamba...


Lambretta Labamba. Balik kampung baru nih, terjumpa dengan vespa aka lambretta lama nih. Kenangan menggamit kembali. Cewah. Vespa ni kami jumpa kat Pekan Rengit tapi bestnyer sebab nombor plat Pahang. Haha..Kan sesuwai tuh. Abahku dulu pernah ada vespa nih, warna hitam rasanya. Penah bawak kami berdua, kembar katakan, berdiri dua-dua kat belakang handle tuh (kat ruangan letak kaki abah tu ler), tak reti nak sebut tempat apa...haha...masa kecik dapatlah duk berdua. kalau dah besar, sorang kena duk belakanglah kans.
~~ Seronok bila dapat mengimbau zaman kecik-kecik dulu dak. Dari vespa, apgred moto honda 60 ke 80 cc tuh, pastu beli keta ala Mr Bean. Muat tak muat, masuk semua dalam tuh (masa ada tiga ke empat beradik). Nak cantik sikit, beli hak panjang plak, depan je sama paten. Abah aku ni kreatif membeli..haha. Ikut kemampuan katanya. Ada beli keta wira jugak, semua second hand jer. Akhirnya dapat beli kereta baharu - Alza, sebelum abah berpencen.
~~ Alhamdulillah. Itulah usaha dan pengorbanan abahku yang tak pernah menyusahkan anak-anaknya sebab dia memang dah biasa hidup berdikari sejak kecil lagi. Nakkan sesuatu waima nak makan pun kadang bekerja sendiri-cari duit sendiri, jual aiskrimlah dan macam-macam. Itulah abah, kebanggaan kami. Semoga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik buat abah dan emakku. Ampunkan dosa-dosa mereka dan tempatkan mereka dalam Syurga-Mu, Ya Allah....Aamin.



Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...