Kali pertama setelah sekian lama menunggu peluang. Kita tepek gambo dulu ek. Ok jom sambung cerita. Balik KL baru ni sempena cuti merdeka. Sempatlah juga singgah bermalam semalam kat Colmar Tropicale, Berjaya Hills, Bukit Tinggi (nasib baiklah ada guna bahasa Melayu lagi - Bukit Tinggi). Encik suami dah siap-siap awal tempah hotel secara dalam talian - mudah sikit dan tak berebut. Iyelah kans, pergi masa cuti umum. Gambar-gambar di bawah inilah, kawasan sekitar penginapan, iaitu dalam kawasan utama pelancongan di Bukit Tinggi. Nak masuk ke sini akan melalui satu pondok kawalan dan setiap pengunjung akan dikenakan bayaran RM13.00 seorang (sesiapa yang menginap akan dikembalikan duit tersebut semasa daftar keluar). Kami pergi ke Perkampungan Jepun dulu sebelum mendaftar masuk penginapan (ceritanya ada kat entri satu lagi ye).
~~ Subhanallah. Memang cantik kawasan kat sekitar sini. Sekerat hari dah cukup untuk pusing-pusing makan angin kat sini (kecuali nak join aktiviti lasak-memanjat stunt bagai). Sebab bila malam, tak banyak aktiviti boleh buat. Sesuai untuk orang berbulan honey - masuk bilik dan tido..haha. Suasana malam memang tenang selepas tamat persembahan akrobatik ntah apa ntah..haha (tak tengok sampai habis - baik aku tido). Kawasan penginapan dengan kawasan yang hendak ditujui memang jauh dan perlu naik kenderaan khas atau sendirik.
~~ Nak makan pun mudah, tapi hati-hati sebab ada tempat turut dihidangkan arak walaupun banyak hidangan dijual halal. Jika bawak keluarga ramai, baik bawak makanan segera siap-siap. Harga memang mahal. Jika makan berdua, lap peluh, ok lagi. Makan bertiga, pengsan jap...Makan ramai...wahh..tepuk dahi ajak balik. Hehe... Apa pun terpulang pada bajet masing-masing. Pilihan untuk sarapan pun agak banyak dan sedap. Bangun awal pagi dan keluar bilik pun aman dan tenang sebab semua orang belum bangun lagi..haha..bebas nak bergambar bagai.
~~ Jika nak ke sini dan tidak bermalam pun takpe sebab kawasan nak dilawati tak banyak mana. Dari jalan utama nak masuk ke sini pun tak jauh. Jika nak ke kawasan utama (bangunan tropical nih) je pun ok sebab cantik dan mendamaikan. Banyak bangunan menyerupai tempat di luar negara. Kiranya macam dah bercuti luar negara jer (kalau orang tak tahulah kan). Nasib baik hari merdeka, maka banyaklah bergantungan bendera Jalur Gemilang, opkos orang tahu yang anda sedang berada di mana..haha...Lain masa, boleh bawak keluarga ke sini lagi..Insya-Allah.
|
pemandangan dari atas... |
|
nasib baik gambo selpie cantik...haha |
|
hidangan makan malam...set ayam panggang... |
|
nak pergi spa, tapi tutup..haha.. |
|
pemandangan waktu nak gelap... |
|
pemandangan waktu petang... |
|
selamat datang... |
|
ni hotel castle..berhadapan dengan kawasan colmar. Ada yang menginap di situ tetapi berjalan-jalan di kawasan colmar |
|
sekawan angsa yang tak berapa nak kawan..dapat ambik gambo dari atas jer.. ada nampak sapa hari tu, siap bergambo duk sebelah angsa lagi...best oo.. |
|
hanya ada tiga gerai permainan, boleh cuba... |
|
celup..celup tangan kemudian hilang..hehe.. takdelah..celup tangan untuk dapat bentuk tangan sebagai kenangan... |
|
gambo ni dengan yang bawah ni gambo dekat perkampungan Jepun... |
|
barangan cenderamata yang ada dijual.. |
|
tempat nak minum siang atau malam, bolehlah layan air kopi ke teh cicah roti atau muffin |
|
pemandangan waktu malam dalam kawasan colmar... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan