Jumaat, 23 September 2016

Balik kampung Raye Haji...

Balik kampung den dan suami den. Seminggu lebih juga dapat balik. Alhamdulillah. Landing kat Senai, balik Ke Kuching pun ikut Senai. Dapatlah beraya di Kg. Seri Merlong, kemudian raya kedua, balik ke Kuantan dan sempat singgah di Muazam-rumah Su (mak sedara encik suami). Dapat temankan abah semalam dua. Kemudian balik semula ke kampung den. Selagi kita hidup, ada kemampuan dan rezeki, jika dapat balik kampung menjeguk orang tua, marilah kita balik dan gembirakan mereka.
 
~~ Tengoklah gelagat anak buah yang sorang nih. Suka layan dia sekarang sebab dia yang ada kat kampung (Abang Hadi tak balik). Jika disuruh senyum, terus je tunjuk gigi. Hehe...



dengan acik Iman-kawan gaduh kalau acik Iman balik kampung kens..hehe

~~ Kucing dua ekoq ni pulak kesayangan adikku Wanie-dia yang rajin menjaga dan membelainya. Kalau dia takde kat rumah, abahlah yang rajin membelainya. Tengoklah gelagat dua ekoq kucing tuh. Malu-malu sebab duk dalam kandang jer. Memang tak bagi keluaq, takut gaduh dengan kucing lain. Elok je duk dalam kandang, makan minum, berak semua diuruskan adik..hehe. Lagipun tak banyak karenah. Senang nak jaga. Alhamdulillah. Nak kena buat kandang lebih besar lagi gamaknya sebab terbatas pergerakan kucing tuh, tu yang nampak sihat gebu jer.

 
~~ Tengoklah kerja Royyan...sel-sel otak tengah berhubung, kreatif dan hebat - bijak pulak susun mainan dia. Mama kemas mainan dalam bakul, dia tukang telangkupkan dan sepahkan. Aci dak? Haha..dah namanya budak kecik kan. Kang tak main, pelik pulak jadinya kens... Layankan je anak bujang sorang nih.
 


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...