Sabtu, 24 September 2016

Carik sarapan...

~~ Masya-Allah susahnya nak menghabiskan coretan-coretan ini. Kekangan demi kekangan, tugasan pejabat, tugasan rumah dan kemalasan faktor utama. Bukan aku sorang je banyak kerja (orang lain lagi banyak ye Suhana). Lagi-lagi menjelang BBK tahun nih. Kena uruskan buku cenderamata untuk semua program, kena urus program dengan UNIMAS, kena siapkan majalah Jendela Sarawak (ni kerja jatuh dari langit-tanggung kerja), kena urus aktiviti sahibba dengan pihak sekolah dan lain-lain. Ku mohon pada Allah semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk melaksanakan tugas yang diberi. Dan kugagahi jua mencoret sampai habis. 
~~ Ok jom sambung cite. Gambo-gambo kat bawah ni gambo dekat Muzium Sarawak. Ada apa kat sini selain simpanan sejarah? Muzium ni terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching (sebelah Hotel Merdeka Palace). Berhadapan muzium ni ada muzium satu lagi, namun telah dirobohkan untuk pembangunan katanya. Mujur ada muzium satu lagi hak ni. 
~~ Selain itu, apa yang menarik dekat sini. Ada tempat makan best! Mi Brunei. Macam sup biasa, tetapi guna rebusan daging lembu. Ada isi tulang campur daging lembu. Ada rasa manis dan sedap. Lokasi kedai makan sebelum nilah ada kat muzium yang diroboh tuh. Lepas dirobohkan, tak tahu mana mereka pergi. Akhirnya, dapat tahu kat muzium ni rupanya. Kat muzium juga mereka nak berjual kans. Ada nilai diingati rasanya. Sebut je mi Brunei, ada kat muzium Kuching..hehe. Oklah. Meh kita layan gambo yang hado. Kita posing dulu sebelum makan..hehe

Cakk!!parking keta kat atas sebelah kiri, menuruni bukit sambil berposing..

kita cantikkan sikit gambo..macam gambo 80-an...haha





kawasan bumbung tengah tulah kedainya...buka setiap hari kecuali hari Ahad...

Inilah Mi Brunei Spesel-ganti dengan mihun.
Kat Brunei pun takde mi ni tau! Macam mi bandung ler, mana ada kat Bandung kans..hehe

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...