Macam pelik je kan tajuk entri nih. Takde maknanya. Dah lama sebenarnya kami tak ke Spring. Semasa tunggu encik suami yang ada urusan lain, sempatlah kulihat kolam di bahagian bawah pusat membeli-belah nih. Ada beberapa replika seperti piring terpacak kat situ. Kebetulan piring tersebut menghala ke atas dan ada ruang untuk orang ramai untuk membaling duit siling ke dalamnya. Bila tak masuk, secara tak langsung akan jatuh ke dasar kolam.
Tak pasti apa motif mereka membaling duit syiling tersebut. Biasanya kalau baling duit kat kolam ke telaga ker (kepercayaan non-muslim), membuat harapan dan doa sebelum duit dicampakkan - semakin bertambah pulak duit siling tu. Ramai pengunjung pun menoleh dua tiga kali melihat kawasan tersebut – mesti dalam hati, kalau takde orang, mahunya ku ambik duit syiling nih – nampak tak bernilai, bila dikumpulkan mahu puluh-puluh nilainya.
Jika diperhatikan pun, jarak dasar kolam dengan tempat duduk pengunjung tak jauh pun. Mungkin kawasan tersebut agak terbuka, susah juga orang lain nak ambil kesempatan. Mungkin rezeki tukang cuci bila cukup masa nak bersihkan duit syiling tu nanti. Em entahlah apa motif pihak pengurusan, tak tahulah.
pandangan dari atas... |
dah banyak namapknya duit syiling tuh.. |
pandangan dari bawah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan