Terima kasih kak Mohaini sebab buatkan kuah manis untuk mingkam. Ops jap, apa itu mingkam? Dok sebut je tapi tak habaq mai no. Mingkam tu hidangan daun kaduk (serupa sirih tapi rasanya tak sama dengan sireh) yang dimakan dengan pelbagai inti - udang kering, kacang tanah dibuang kulit, limau nipis dan halia dipotong dadu, cili api, kelapa yang dibuang kulit, dipotong dadu dan disangai, serta tak lupa kuah mingkam (manis). Mingkam ni makanan orang Thai - intinya boleh dipelbagaikan mengikut selera tekak orang Melayu. Jika di Thailand, mungkin intinya berbeza sedikit atau cara persembahan seperti kelapa pun berbeza - ikut selera kita ya tuan dan puan.
Kebetulan bekalan daun kaduk ada di rumah Bukit Mahkota dan di rumah Ma sendiri banyak - alhamdulillah dapat makan mingkam ni setelah lama tak makan dan atas bantuan kak Mohaini yang baik hati membuat kuah mingkam untukku (di DBP, kak Mohaini glamer dengan hidangan mingkam, kira peloporlah.. hehe). Mula-mula nampak hidangan ni dulu, takmolah makan sebab fikir rasanya mesti macam daun sirih. Pergh bila dah cuba, tak hengat dunia (melampaulah pulak) - kesedapannya terasa bila dimakan dengan aksesori tambahan yang lain. Boleh habis daun kaduk kumakan. Lupa nak habaq, daun kaduk ni dikira sebagai ulam dan banyak digunakan dalam masakan orang Melayu juga.
Paling kurang, dapatlah kuperkenalkan kepada Ma, makcik dan adik-beradik dan sepupu encik suami. Sekurang-kurangnya mereka berani mencuba walaupun satu jer....hehe
guna kacang segera atas saranan kak Mohaini..hehe |
udang kering tak sempat nak cari...ngap jelah apa yang ada... |
jom cuba... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan