Jumaat, 25 November 2011

suka makan...

Kalau balik umah Ma di Kuantan, mesti buat hidangan nih - peria katak (bukan peria biasa hokey). Tak tahulah kalau orang lain. Boleh makan peria katak ni bila Ma ditimpa sakit kencing manis dua tiga tahun sudah. Beliau rajin makan peria katak, makanya kutumpang sekaki. Mulanya takut nak makan-pahit ke apa. Sesetengah orang rebus dulu baru makan sebagai ulam. Tapi kalau dah namanya ulam, mestilah segar kan!.. hehe.
         Sebenarnya, kalau tak nak pahit sangat, boleh direndam dengan air garam dahulu. Tapi, ku dah boleh makan dengan selambanya, dengan syarat dihiris agak nipis dan perlu dimakan bersama nasi panas-panas. Fuyooo..memang terangkat. Regu makan peria katak ialah budu buh air limau kasturi dan cili api yang kaw-kaw punya. Kalau ada ikan kering pun sodap.  Makan nasi dengan hidangan regu ayng ada, memang tak hengat dunialah - bertambah-tambah. Bahaya kan? hehe...
          Ops lupa, satu lagi, petai. Kalau ku nak balik kampung dengan suami, Ma memang tahu makanan kegemaran menantunya ini. Kalau ada rezeki, memang beliau akan beli peria katak, petai siap-siap dan stok budu mesti ada. Terima kasih Ma.
memang terangkat - pedas, pahit, payau...semua ada...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...