Ahad, 12 Mac 2017

Ke Penang kita! Bahagian 2...

31 Disember 2016
9.30 pagi
Setelah kecewa dua tahun sudah, tak dapat naik Bukit Bendera BB (ditutup sebab kerja-kerja pembersihan), mari kita tunaikan misi utama ke Penang kali nih. Usai sarapan terus ke sini berpandukan map. Sepanjang kat Penang nih, kami sewa keta dan aku yang memandu sepanjang masa. Ku rela memandu daripada membaca map (itu kepakaran encik suami). Baca map google kadang boleh salah daa (salah taip BB dan lupa taip Cable Car sekali), kami dibawa ke sebelah belakang BB - taman/kawasan jungle tracking. 

Set semula map, akhirnya sampai di depan pintu BB. Sebelum nak ke pintu masuk BB, boleh parking kat sebelah kiri jalan atau kat bangunan bawah nih. Syukur dapat parking kat sebelah kiri jalan (penting untuk keluar awal pagi ke sini). Dan perlu sediakan kupon parking ye kengkawan, boleh beli RM6 untuk sehari dan bukan ikut jam (susah nak cari, boleh beli kupon parking dekat stesen minyak atau kedai serbaneka).
saujana mata memandang...
orang belum ramai lagi...
  tempat beratur pun belum penuh..
Rupanya perlu tunjuk ic dan seorang sahaja wakil beli tiket di kaunter tiket dan yang lain tunggu di luar. Iyelah kang ramai yang serbu kaunter tiket..payah nanti.

yang ni kawasan beratur sebelum nak naik tren ke atas...bayaran biasa..
Sebab kami berdua sahaja, encik suami beli yang fast track  untuk naik dan turun (RM35 seorang), spesel sikit, ikut pintu lain dan macam VIP sikitlah, sampai tren je, kami naik dulu dan boleh pilih ruangan tempat duduk yang kami suka...alhamdulillah.


Alhamdulillah dah sampai...dari puncak dapat melihat semua pemandangan ciptaan Allah SWT...
Dapat melihat sekitar Bandar Penang...Pulau Mutiara..



Boleh pergi ke kawasan pelantar..masa nih suasana agak berkabus...nak tangkap gambo, perlu tunggu kabus hilang jap, cepat-cepat snap gambo sebab kabus datang kembali...


Macam kat luar negara kans...!



Layankan aje gambo kami ye..hehe
Banyak gambo kami berswafoto...






Alhamdulillah dapat melawat kawasan sekitar dekat dua jam lebih dan selesai misi utama kami...
Turun je kat bawah...penuh dah dengan deretan pelancong...
Syukur kami dapat pergi awal dan balik awal...


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...