Ahad, 12 Mac 2017

Ke Penang kita!

(Maaflah ye sebab lambat keluar cerita dan gambo). Apa yang best ke Penang? Macam-macam ada. Sempat mencuri masa cuti-cuti hujung tahun 2016 selepas berhempas pulas siapkan kerja (Misi hilangkan sakit belakang..kaedahnya..hehe). Macam biasa encik suami yang rancang, tempah dan bayar kapai terbang dan hotel, kereta sewa dan lain-lain. Saya tinggal bawak diri je...hehe...Alhamdulillah.

30 Dis. 2016
Dari Kuching sebelah petang dan transit di KLIA, pastu kapai ke Penang 11.00 malam lebih. Lewat setengah jam rasanya, sampai epot Bayan Lepas 12.00 malam lebih-naik teksi dan terus ke penginapan - Tabung Haji (TH) Hotel (dekat dengan epot). Mendaftar masuk kurang lebih 1 lebih. Kami bagi tiga setengah bintang untuk tempat dan servis mereka. Jom lihat sekitar hotel. Keadaan kat bawah masa mendaftar masuk - suasana pagi.




Gambo kat bawah ni suasana awal pagi dan nak petang..
kawasan pintu masuk hotel dan sekitarnya


31 Dis. 2016 
Gambar kat bawah ni selepas kami naik Bukit bendera..cerita makan dululah ek baru best kans. Ke mana kita nih? Cari kapala ikanlah...hehe. Kami parking agak jauh..takut takde parking dekat-dekat Nasi Kandaq Line Clear (kat Jalan Penang, George Town). Takpelah, menapak jauh kang balik dah turun makanan tuh..haha...alasan kan.
Tu diaa..! dah sampai...tak sabaq nak makan haih!
Dah start beratuq...tu dia..
Ingat ye...makluman kepada para pelanggan..tulis besaq-besaq bagi kami nampak. Hanya ada dua restoran nasi kandaq asli kat Penang sahaja - satu kat Jalan Penang dan satu lagi kat epot Bayan Lepas. Kalau rasa nak suasana asli dan abaikan persekitaran yang agak 'lejen', jom makan kat sini. Kalau nak suasana eksklusif dan tak sompek nak ke sini, layankan aje kat epot ye.
Yang ni kat Jalan Penang, George Town.
Pakcik lejen..setia memberi khidmat. Masuk-masuk je lihat deretan sebelah kiri restoran, kepala ikan menunggu giliran nak dicurah kuah kari mabeles..nampak ganas tak..ganas ye..ngeri pun hado..haha. Sambil beratur sambil cuci mato lihat deretan gambo kapala ikan dan kenangan sejarah Nasi Kandaq Line Clear.
Kami hidangkan resepi asli...


mabelesss...
Mudahkan pelanggan..siapkan awal-awal deretan air teh o limau ais...
Hidangan kami yang simple...yang penting ada semangkuk kari kapala ikan..mabeles..Alhamdulillah..
dengan semangkuk cendol...dap...
Usai makan..dah kenyang..jom jalan-jalan plak ke kawasan Lebuh Aceh..
Melihat lukisan di dinding bangunan..unik dan cantik di Lebuh Armenian..
Nak ke kawasan ni jugak pun boleh parking jauh sebab susah nak dapat tempat parking...
Gambar bawah kanan nampak kedai jual alat perkakas membaking..nasib baik tutup..hehe
Unik dan menarik lukisan kat bawah nih. 
Apa lagi yang menarik kat sini? Kat Lebuh Armenian, selain lukisan, boleh beriadah menunggang basikal besar boleh bawak dan kayuh rammai-ramai pusing keliling lorong dan deretan bangunan. Tak pasti berapa RM sebab tak rasa nak naik. Cuma kena hati-hati juga sebab mereka berkayuh dan bertembung dengan kereta motosikal yang melalui jalan yang sama. Yang bawak anak kecik, lagi kena hati-hati. Aspek keselamatan perlu dititikberatkan!


Kalau tak nak kayuh, orang lain boleh kayuhkan..hehe (beca). Tak pun naik ala moto macam kat bawah ni..berdua sama suami..romantik..pastikan tayar angin penuh ye...hehe
Jom layankan lukisan kat dinding bangunan.
Gambar bawah ni ada kat kawasan kami parking sebelum nak berjalan ke Line Clear.
Nak bergambar pun kena beratuq..encik suami tunggu kat seberang. Tunggu giliran aku nak berdiri kat basikal gambar budak dengan adiknya naik basikal (gambo ni paling femes)...hehe

Tu dia..yang tukang ambik gambo pun berkumpul ramai-ramai nak tunggu giliran..hehe..
Jom sambung jalan-jalan sekeliling...











Penat berjalan, jom singgah dan duduk jap kat Masjid Melayu Lebuh Acheh...

Alhamdulillah selesai perjalanan untuk hari ini. Esok sambung sehari lagi nak berjalan...


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...