31 Disember 2016
5.30 petang
Usai naik Bukit Bendera, makan nasi kandaq kat Line Clear, jalan-jalan kat Lebuh Acheh dan Lebuh Armenian, pertemuan tak dirancang untuk berjumpa sahabatku Hanisah dan keluarganya. Kami menuju ke kedai Jeruk Madu Pak Ali dekat Sungai Nibong, rasanya. Lepas beli jeruk, kami balik ke hotel, Hani dan keluarganya tumpang solat asar dan maghrib di bilik hotel. Lepas maghrib, naik satu kereta gi makan malam di kedai ala tomyam. Terima kasih sahabat sebab belanja kami makan. Alhamdulillah.
sahabatku mai jauh dari seberang...hehe
Hanisah dan anak kembaqnya...
Di kedai makan ala tomyam...seronok dengan pertemuan ini walaupun singkat...
Syukur alhamdulillah. Panjang umur, murah rezeki nanti kita jumpa lagi ye sahabat.
Terima kasih kerana melayan dan belanja kami makan...
1 Januari 2017
9.30 pagi
Wah! Dah beralih tahun ke 2017. Selamat datang tahun 2017. Awal tahun berada di Penang gituh! Ke mana kita pagi nih? Ke pasar karat (dikenali juga dengan Lorong Kulit bersebelahan dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang) nampaknya. Kali ni kali kedua kami ke sini, sambil layan barangan lama yang ada dijual dan barangan baharu - buah, baju, air, kuih-muih, aksesori telefon dan banyak lagi. Kami cuci mata je nak beli taklah kot barangan lama dan terpakai (susah nak bawak sebab naik kapai dan beg dah penuh dengan jeruk madu Pak Ali!).
11.00 pagi
Usai melayan mato di pasar karat, jom jelajah ke Balik Pulau (belum pernah pergi..hehe). Berhenti dekat deretan kedai kat pekan Balik Pulau, telefon kak Ritah (kampung dia). Alhamdulillah dia ada kat kampung (duk kawasan rumah teres) dan dapatlah kami bertemu dekat pasar Balik Pulau (terkenal dengan buah pala - replika pun ada buah pala).
sekitar pekan Balik Pulau (lupa nama tempat)
Kak Ritah bawa kami ke kawasan Pulau Betong dan ke tepian pantai
yang pernah dilanda tsunami 12 tahun dulu.
Kat kawasan Pulau Betong...
kat kawasan tepian pantai yang pernah dilanda tsunami.
gambar pokok kanan bawah ialah tempat di mana seorang bayi yang didodoi dalam buaian yang disangkut di pokok tersebut sebelum tsunami melanda...bayi terselamat dan keluarganya hilang...
Masya-Allah kuasa dan ujian dari Allah SWT...
Kemudian sambung ronda-ronda lagi kawasan Balik Pulau..
Nama sekolah kebangsaan yang dinamakan dengan Tan Sri Awang Had Salleh..
Gerai Laksa Janggus yang terkenal dan sedap di Balik Pulau.
Tak dapat nak rasa sebab belum buka lagi (buka sekitar 3.00 petang)
Oh lupa nak habaq, sebelum pi ronda, Kak Ritah belanja kami makan kuetiau sup Pak Shuid yang terkenal di Balik Pulau dan sedap dekat kedai di pasar. Nampak simple je kans. Tapi rasanya mabeles ditambah dengan kesedapan sambal cicahnya. Alhamdulillah.
Terima kasih Kak Ritah yang cantik ala Kajol (anak mami)
sebab belanja dan bawa kami ronda sekitar Balik Pulau...
8.00 malam
Selesai ronda, balik ke hotel, mandi dan solat. Keluar makan. nak carik dan makan pasemboq kat Padang Kota Lama/Persiaran Gurney (sebelum ni femes kat Anjung Gurney, sekali lagi kami pergi pulak ada di deretan kedai Padang Kota Lama). Agak mencabar nak cari parking. Akhirnya jumpa depan padang dan menapak sikit nak ke kedai pasemboq. Memang ramai pengunjung pada malam itu dan kami pilih makan di kedai Hussain Pasemboq. Sempat ajak abang kepada adik ipar yang bekerja kat Penang. Borak dan sambil makan pasemboq. Kena bayaq dalam RM50++. Itupun ambik sikit dan bertanya dulu sebelum nak ambik. nak makan benda lain pun boleh..kerang bakaq, car kuetiau, sotong kangkung ke tapi kat gerai sebelah ye.
Taraa...pasemboq mari...
Tunjuk aksi tuang kuah sambil senyum...hehe
Ramai orang gak..beratuq
Alhamdulillah, misi selesai. Walaupun percutian kali ni agak singkat namun lebih bermakna. Dapat jumpa sahabat walaupun tidak dirancang. Dapat naik Bukit Bendera, dapat makan nasi kandaq Line Clear. Cuma tak dan nak cari nasi tujuh benua je dan makan laksa janggus. Kena datang lagi dan carik tempat makan yang best. Seronok kalau dapat pergi dengan keluarga sebenarnya tapi masing-masing sibuk.
Selepas kami pergi, adikku Wani dan suami serta geng motosikal ke Penang, kemudian Reha dan keluarga suami dari Sarawak turun ke Penang dan adik lakiku juga turun ke Penang (dari Langkawi). Hah, nampak, masing-masing pergi pada tarikh berbeza. Apa boleh buat...Moga dapat merancang dan pergi pada satu tempat yang semua boleh ada dan dapat kumpul sama-sama termasuk mak dan abah. Selesai aktiviti, esok pepagi 7 lebih kami naik flight balik ke KL, balik BM sat sebelum balik ke Sarawak. Syukur pada Allah sebab memudahkan perjalanan dan urusan kami pada kali ini. Alhamdulillah.
2 ulasan:
wahhh..sakan berjalan, mek!
pasemboq tu...sdp haisy!
Cerita cuti akhir tahun baru sempat nak muat naik...Silalah berkunjung ke Penang..best angattt...hehe
Catat Ulasan