Sila lihat gambar dahulu ek....Sian tengok kelongsong ketupat nih. Setahun hanya sekali je dapat membuatnya. Lebih duka lagi tak sempat diisi dengan beras. Lagipun ramai sedara mare dan jiran tetangga yang banyak memberi punjungan hari raya dengan ketupat segera. Penangan ketupat segera ni begitu luas dalam zaman moden, serba segera sehingga menenggelamkan ketupat tradisi-daun kelapa. Semoga ku tak lupa skill nak buat ketupat kelongsong kelapa ni sudahlah...hhmm
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Rabu, 7 September 2011
rendang berkuah....
Hmm apa nak cerita pasal gambar ni ek. Tetiba je takde idea. Cuma nak cakap, dah Hari Raya setahun sekali je kita sambut, makanya buat rendang daging pun setahun sekali jer. Siap tanya kawan nak masak macam mana...hehe. Sampai lupa nak bubuh awal cili kering kisar, jadi buh masa pertengahan (nasib baik jadi juga). Cumanya agak berair sebab buh air lebih sikit, sepatutnya tak perlu banyak sebab air daging akan keluar juga. Jenuh juga nak tunggu kering air barulah buh santan pekat. Niat di hati nak buat kering-kering, tapi kurang jadik plak. Rendang ni buh juga bahagian hati dan paru sikit. Hmm nyum nyum...jemputlah makan ek.
![]() |
| nampak berair sangat... |
![]() |
| dah bubuh kerisik dan hirisan daun kunyit..dah siap, tunggu kering sikit lagi...hehe |
mendung mengiringi perjalananku...
Sebelum raya hari tu, dapatlah balik melalui Kuching dan mendarat di KLIA. Sempat tido semalam di rumah Bukit Mahkota. Keesokan paginya balik ke Kuantan dengan niat nak berbuka dengan Ma dan abah (dapatlah sehari sebab tahun ni giliran beraya di Johor dengan keadaan cuti yang amat terhad). Bertolak awal pagi, sempatlah merakam gambar waktu pagi yang agak mendung. Sang Matahari pun malu-malu alah nak tunjuk muka. Namun, perjalanan agak lancar dan tidaklah sampai jam teruk.
Tetapi heran gak sebab dalam tv ada cakap, kadar kemalangan agak tinggi untuk Ops Sikap tahun ni. Bukan apa, sepanjang perjalanan balik kampung untuk musim perayaan kali ni memang lancar dan tengok gelagat pemandu lain pun memandu agak berhati-hati. Tak tahulah kalau encik suami memandu dalam keadaan bawah 100km sejam, makanya kami nampak suasana pemandu lain pun bawa dalam keadaan tenang dan tidak berebut-rebut. Cumanya melalui keadaan cemas apabila melihat pembawa motosikal yang tetiba jatuh kerana keadaan jalan licin - alhamdulillah, kenderaan lain sempat mengelak dan pemandu lain yang membantu mereka.
![]() |
| KL waktu awal pagi... |
![]() |
| mendung.... |
kek menantiku...
26 Ogos 2011
Kek coklat ada cheese kat tengah-tengah ni kutempah dengan kak Sanisah. Tak sangka dia dah jadi pembisnes kek yang berjaya sebabnya ramai kawan-kawan yang banyak tempah kek dengannya. Makanya sempena dengan hari lahir, ku tak lepaskan peluang untuk menempah kek dengannya...dengan persoalan sedap ker sehingga ramai yang menempah?
Kek coklat ada cheese kat tengah-tengah ni kutempah dengan kak Sanisah. Tak sangka dia dah jadi pembisnes kek yang berjaya sebabnya ramai kawan-kawan yang banyak tempah kek dengannya. Makanya sempena dengan hari lahir, ku tak lepaskan peluang untuk menempah kek dengannya...dengan persoalan sedap ker sehingga ramai yang menempah?
Untuk membuktikan kesedapan tersebut, aku tempah juga kek coklat kak Sanisah, buh strawberi dan yang penting buh blueberry banyak sikit. Tapi sayangnya bekalan strawberi dan blue berry tak banyak gamoknya. Adalah sejemput buh sebagai toping kek (lain kali saya nak blueberry manyak-manyak ye kak, strawberi takde pun takpe....huaaa).Atas pertolongan kiriman kepada kak Zuraini, makanya sampailah kek itu ke tanganku dengan tak sabar-sabar nak makan..hhmm...bismillah...sampai jugalah kek yang kunanti (walaupun lewat dapat sehari)...terima kasih kak Sanisah.
![]() |
| hhmm nyum byum sedapnya... |
![]() |
| terbaikk...potong jangan tak potong..hehe (sila abaikan muka berminyak dan keadaan lokasi) |
gemawan 2...
Takmo cerita banyak. Lihatlah awan gemawan nih dalam keadaan remang senja nan merah.
Waktu ni dah hampir waktu berbuka (waktu berada di ruang udara). Subhanallah...
berbuka atas angin...
Ni kotak sumbangan Bank Muamalat, sumbangan kurma berbuka puasa untuk penumpang Fireflyz. Ceritanya begini, dek kerana tiket waran untuk naik MAS abis, makanya terpaksa naik Fireflyz (anak syarikat MAS jugak kan). Maka dapatlah sekotak kurma (3 biji) setiap seorang. Walaupun kami naik pesawat dalam pukul 6.30 petang dan hampir nak berbuka untuk waktu di Kuching, kami perlu berbuka mengikut waktu apabila pesawat dah berada di udara iaitu, pada waktu matahari terbenam - sehinggalah pilot beritahu dah boleh berbuka bila dapat tentukan matahari dah betul-betul terbenam. Hampir 40 minit dari waktu kebiasaan kami berbuka di Kuching, barulah dapat kami menjamah hidangan (pelanggan non-muslim dah dapat makan awal-hidu bau jelah dulu kami..hehe).
![]() |
| kotak cantik,,,,terima kasih.. |
![]() |
| makan nasi lemak dan air mineral (tak boleh pilih hidangan ker, nak juga air panas kopi/teh ker sbb dah bayar mahalkan).. |
gemawan...
Ni gambar awan gemawan yang dapat kurakam sewaktu berada dalam pesawat. Waktu ni tengah melintas ruang udara mana ntah sebabnya baru nampak cahaya matahari baru nak tenggelam (kalau masih di Kuching dah gelap dah waktu nih). Subhanallah begitu indahnya ciptaan Allah SWT. Lihatlah awan-gemawan ni seumpama gumpalan permaidani kapas gitu. Tak dapat rakam dengan kamera besar sebab ada kat beg yang diletakkan di atas kepala. Makanya guna kamera hp cabuk jelah, janji ado...hehe
tanaman kontan...
26 Ogos 2011
Sebelum naik pesawat balik kampung minggu lepas, sempat kurakam keadaan kebun belakang rumah sewaku. Waktu tu cuaca panas terik, harap-harap dalam masa ketiadaan kami, hujan dapat membasahi pokok-pokok tersebut..insya-Allah. Selagi ada ruang, ikutkan nak tanam banyak tanaman kontan seperti jagung (tak sempat beli lagi). Jeles pulak bila tengok pokok jagung jiran sebelah hidup subur jer.
GIANT 25 Ogos 2011
Ni nak cerita sikit tentang pembukaan Giant baharu di Tabuan Jaya nih-almaklumlah tempat lalun pergi balik kerja, jadinya nampaklah selalu GIANT nih. Ni kira cawangan kedua ntah ketiga yang dibuka di Sarawak. Dapat banggalah sikit diri ni sebab tarikh pembukaannya pada 25 Ogos 2011, iaitu sama tarikh lahirku (macamlah apa sangat ek). Tapi setakat hari ini tak dapat lagi pergi menjenguk. Ku cuba juga hari ni untuk pergi dengan encik suami (setelah dua kali tertangguh-kemahuan kali ketiga kena pergi nampaknya). Harap-harap rege barangnya pun murah, sama dengan Giant di semenanjung.
![]() |
| memang ramai utk hari pembukaannya-penuh kanan kiri jalan..hhmm |
![]() |
| abang polis pun turut membantu mengawal lalu lintas... |
menu keluarga angkat
Ni antara menu berbuka puasa di rumah keluarga angkat. Alhamdulillah dapatlah kami makan sebelum pulang berhari raya di kampung. Lauk-pauk agak pelbagai. Jika ada pucuk jampang (ulam tenggek burung), adalah mak buat sambal kelapa (hanya tumbuk kelapa parut dengan bilis dan cili api).
Ada umbut kelapa, sambal pedas cili kering, udang goreng, buah engkala (warna pink dalam gambar), ikan goreng dan sup ayam salai. Sampai tak cukup tangan nak makan. Al-maklumlah pada hujung minggu je (jika ke rumah mak), dapatlah kami makan nasi dengan lauk pelbagai. Ini kerana, bulan ramadan kami hanya dipenuhi hidangan ringkas berupa lauk tanpa nasi! Tapi makan tetap berpada-pada.
roti canai vs murtabak
Sila lihat gambar dahulu ek....apa nak cerita ek. Masa bulan Ramadan baru ni, encik suami begitu rajin. Sehinggakan 2-3 kali membuat murtabak isi daging. Masa hari-hari terakhir puasa, ada buat juga murtabak ni. Alang-alang dah ada bekalan kuah kari, buat sekali roti canai. Alhamdulillah dapatlah makan sebelum balik kampung.
![]() |
| roti canai yg sedap bila cicah kuah kari....hehe |
Langgan:
Catatan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Sekadar catatan tiga... Jika bercuti di KL, sebaik mungkin dapat menyantuni sahabat dan taulan, itulah sebahagian kebahagian dalam menjali...



























