Rabu, 7 September 2011

mendung mengiringi perjalananku...

Sebelum raya hari tu, dapatlah balik melalui Kuching dan mendarat di KLIA. Sempat tido semalam di rumah Bukit Mahkota. Keesokan paginya balik ke Kuantan dengan niat nak berbuka dengan Ma dan abah (dapatlah sehari sebab tahun ni giliran beraya di Johor dengan keadaan cuti yang amat terhad). Bertolak awal pagi, sempatlah merakam gambar waktu pagi yang agak mendung. Sang Matahari pun malu-malu alah nak tunjuk muka. Namun, perjalanan agak lancar dan tidaklah sampai jam teruk. 
    Tetapi heran gak sebab dalam tv ada cakap, kadar kemalangan agak tinggi untuk Ops Sikap tahun ni. Bukan apa, sepanjang perjalanan balik kampung untuk musim perayaan kali ni memang lancar dan tengok gelagat pemandu lain pun memandu agak berhati-hati. Tak tahulah kalau encik suami memandu dalam keadaan bawah 100km sejam, makanya kami nampak suasana pemandu lain pun bawa dalam keadaan tenang dan tidak berebut-rebut. Cumanya melalui keadaan cemas apabila melihat pembawa motosikal yang tetiba jatuh kerana keadaan jalan licin - alhamdulillah, kenderaan lain sempat mengelak dan pemandu lain yang membantu mereka.
KL waktu awal pagi...

mendung....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...