Ni antara menu berbuka puasa di rumah keluarga angkat. Alhamdulillah dapatlah kami makan sebelum pulang berhari raya di kampung. Lauk-pauk agak pelbagai. Jika ada pucuk jampang (ulam tenggek burung), adalah mak buat sambal kelapa (hanya tumbuk kelapa parut dengan bilis dan cili api).
Ada umbut kelapa, sambal pedas cili kering, udang goreng, buah engkala (warna pink dalam gambar), ikan goreng dan sup ayam salai. Sampai tak cukup tangan nak makan. Al-maklumlah pada hujung minggu je (jika ke rumah mak), dapatlah kami makan nasi dengan lauk pelbagai. Ini kerana, bulan ramadan kami hanya dipenuhi hidangan ringkas berupa lauk tanpa nasi! Tapi makan tetap berpada-pada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan