Dek kerana cuti rehat hari nih, suami ajak sarapan di luar, ke restoran baharu katanya. Tuan kedai pernah meniaga dan duk lama di Johor. Pastu balik semula ke Sarawak-buka restoran dan masakan ala semenanjung. Teruja jugaklah pergi pagi tadi. Ingatkan banyak pilihan yang ada. Hanya nasi lemak dan roti canai je yang ado. Ingat nak makan lontong Johor, tapi belum siap nampaknya (begitu lemah lembut nampaknya memotong sayur dsb untuk masak kuah lontong)...alahai...
Susah nak cakap kan. Dah namanya berniaga, patutnya dari awal dah siap segala bagai hidangan untuk sarapan. Barulah dapat menarik ramai pelanggan. Kualiti makanan memanglah best tapi kualiti hidangan perlulah diperbaiki. Encik suami pernah makan agak lewat ke situ, nasi lemak dah habis dan lontong banyak lagi. Ini bermakna, satu-satu hidangan tu lambat disediakan (tidak dibuat/dijual serentak).Hmm..kita fikir positif jelah ek..mungkin tak cukup kakitangan gamoknya.
Jom kita layan hidangan yang sempat kami sarapan pagi tadi.
nasi lemak pilihan encik suami-siap ambik dan hias sendiri..hehe |
roti telur dan bawang-kuah sedap jugak..alhamdulillah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan