Jumaat, 30 September 2011

kak Azlin...

Sebenarnya bukan cerita laksa Sarawak T-Not tu yang utama. Yang utamanya ialah orang yang diraikan. Kak Surina berbesar hati membelanja kak Azlin. Makanya kami pun terkena tempiasnya - alhamdulillah (diajak sekali-tetapi sayang Linda dan Mizi ada kerja luar kawasan). Kenapalah pulak kak Azlin diraikan? Sebabnya beliau dapat pindah semula dengan jawatan ke DBP KL (suaminya dapat berpindah, kak Azlin pun ikut sekali-alhamdulillah mudah urusannya-rezeki manusia, masing-masing). 
    Alhamdulillah rezeki kak Azlin murah. Beliau banyak diraikan rakan-rakan sepejabat dan kami mendapat tempiasnya (turut dijemput sama). Esok (30 September 2011) ialah hari terakhir beliau berkhidmat di DBP Caw Sarawak. Hu hu sedihlah plak sebab kak Azlin dah balik KL. Teringat ceritanya masa mula-mula sampai di sini (terkontang kanting sorang), lepas tu barulah ada Linda, Mizi dan Suhana.
    Selamat berpindah kak dan jangan lupakan kami anak perantau di sini ye kak....hu hu (macamlah tak boleh jumpa kat KL..hehe).
Kanan-kak Surina yang bermurah hati belanja kak Azlin dll...
Kak Azlin dengan anak (Mamat)...lepas ni kak akan merindui kami ataupun laksa Sarawak...hehe
Mamat suka makan Mee Kolok (lepas ni Mamat pun mesti rindu nak makan mee nih)...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...