Selasa, 27 September 2011

makan-makan...

Selepas balik dari Serikin, kami memang lepak habis. Sebelah malamnya pula ada menerima jemputan rakan sepejabat, untuk meraikan kak Azlin sekeluarga yang bakal kembali ke DBP KL kerana permohonan suaminya untuk berpindah telah diluluskan. Permohonan kak Azlin juga telah diluluskan, tahniah kak sebab dapat semula balik ke KL. Hilang sorang kawan kami di sini..huk huk. Kami menumpang rezeki kaklah nampaknya. Hehe. Tuan Rumah telah menyediakan hidangan yang sedap-sedap.
    Kami keluar awal, sempat singgah ke Giant untuk mencari barang sikit. Masa maghrib, kami sampai ke rumah tuan rumah. Kami sempat menolong apa yang patut. Selepas itu barulah kak Azlin sekeluarga, Linda datang (Mizi datang kemudian sebab terlupa). Gambar orang tak dapat diletakkan sebab tak sempat rakam. Hanya gambar hidangan lauk mabeles je dapat kuletakkan. Terima kasih tak terhingga kepada tuan rumah yang sudi menjemput kami. Mudah-mudahan bertambah rezeki tuan rumah. Jom tengok apa hidangannya.
ketam ronggeng ada..hehe... sayur campur yang mabeles, ayam masak hitam, sup ayam, ikan terubuk masin, rojak buah

dari jarak dekat...semuanya sedap dan menjilat jari...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...