Kami tak ketinggalan untuk menjemput kak Azlin sekeluarga ke rumah kami untuk menjamu hidangan yang tak seberapa - laksam. Terima kasih untuk kak sekeluarga sebab sudi datang. Selepas ni kalau datang pun sebagai pelancong jer, kalau sudi menginap di teratak kami, amat dialu-alukan. Kami minta maaf sekiranya ada yang terkurang ye kak. Kami doakan kak sekeluarga terus berjaya dan bahagia hidup di sana. Jom kita tengok menu yang dihidangkan.
macam saspens je apa benda nih...gelap jer... |
ni rupanya...hasil tangan encik suami yang begitu gigih dan rajin... |
terima kasih bang.... |
banyak aksesorinya...sayur-mayur-belacan, garam dan cili api... |
kira dah lengkap satu hidangan...laksam dan spageti sebagai pilihan...jemput makan... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan