Pagi tadi selepas balik dari bersarapan, encik suami sempat ke kebun belakang rumah. Melihat tanaman dan memberi baja tambahan. Tetiba encik suami memanggilku untuk melihat sesuatu. Rupanya bersebelahan tunas anak pokok pisang telah tumbuh yang baharu. Subnallah. Bukannya apa, sejak tunas yang asal ditanam, lambat juga pucuknya nak naik. Tetiba tumbuh tunas yang lain di sebelahnya. Alhamdulillah, kebesaran Allah SWT. Ni anak pokok yang dibawa khas dari halaman rumah kami di KL. Semoga selepas ini dapat membiak dengan banyak, agar hasilnya dapat dikongsi bersama-sama orang lain.
comel kan...hehe |
cuba tengok pokok yang asal..macam segan-segan nak naik tunas..hehe... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan