Rabu, 7 September 2011

tanaman kontan...

26 Ogos 2011
Sebelum naik pesawat balik kampung minggu lepas, sempat kurakam keadaan kebun belakang rumah sewaku. Waktu tu cuaca panas terik, harap-harap dalam masa ketiadaan kami, hujan dapat membasahi pokok-pokok tersebut..insya-Allah. Selagi ada ruang, ikutkan nak tanam banyak tanaman kontan seperti jagung (tak sempat beli lagi). Jeles pulak bila tengok pokok jagung jiran sebelah hidup subur jer.

pokok serai masa ditinggalkan, sejemput jer, bila tengok tadi dah bertambah banyak..bolehlah kalau nak ambil sebatang dua untuk masak...pokok pandan macam segan nak hiup rimbun, takpelah janji hidup...
kat sebelah kanan pulak, pokok nenas hidup subur, pokok kari baru nak naik merimbun, pokok ubi dan banyak berdaun..kata orang kalau nak ambik isinya, jangan petik pucuknya, takut tak sedap pulak nanti...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...