Sebelum balik ke KL minggu lepas, bumi Sarawak dibasahi air hujan hampir setiap hari (ada can beri alasan untuk tak basuh kereta). Sempat juga bermalam semalam di rumah keluarga angkat. Rumah mereka juga dimasuki air hampir sejengkal paras. Perabot terpaksa dinaikkan untuk elak dari terendam. Nasib baik ada pembantu, 2-3 orang anak bapak yang boleh diharap (ada di rumah).
Mereka bertungkus-lumus membersihkan rumah dan membuang air keluar. Mujurlah air dah surut (tapi dua hari kemudiannya, air naik semula disebabkan fenomena air pasang luar biasa). Mana-mana rumah yang di atas tanah, kebanyakannya dah tenggelam (berbanding rumah lama-masih bertiang kayu dan tinggi).
|
air hampir surut... |
|
air masuk dalam bilik juga... |
|
proses membuang air keluar sekali gus dapat membersihkan rumah... |
|
mak sedang bertungkus-lumus membersihkan bilik... |
|
gambar golap..hujan lebat memang turun seharian tanpa henti.... |
|
jalan nak masuk kampung pun dinaiki air-agak tinggi... |
Sehingga entri ini ditulis, hujan masih turun dalam dua tiga hari ini bagaikan mengiringi kemasukan pelajar yang mendaftar ke sekolah hari ini. Jeraya pun dah mula sesak semula. Semoga di sebalik hujan yang berterusan ini membawa seribu rahmat kelak. Kami redha dengan ujian-Mu, Ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan