TBS? Terminal Bersepadu Selatan.
Kami berdua ni kalau ke KL lebih suka naik LRT-RapidKL. Lagi-lagi banyak jalan ditutup sempena nak sambut tahun baharu, baru-baru nih. Kami suka letak kereta di sekitar di stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Baru setahun tak guna LRT, terkejut juga sebab kawasan tersebut telah dibangunkan menjadi stesen bersepadu arah selatan yang menempatkan bas ekspres, CAT ke KLIA dan Komuter KTM. Nak cari tempat letak kereta agak mudah dan RM3 untuk bayaran sekali masuk. Tapi, jauh sikit nak menapak ke stesen LRT nun jauh di seberang.
Lagi satu yang berubahnya ialah penggunaan cip atau coin sebagai tiket untuk naik LRT (dah tak guna tiket kertas)- mula-mula guna tak tahu nak tepek kat mana, kena gelak dengan encik suami lagi. Rupanya ada tempat khasnya...hehe (jangok betullah, maklumlah benda baharu).
|
coin sebesar duit syiling 50 sen... |
Kalau naik dari stesen tersebut, ok sikit sebab tak ramai orang lagi. Kami turun ke stesen Bandaraya - naik ke SOGO- turun ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan bermulalah misi mencari 'barang' (bak kata encik suami - kiriman belian barang orang lain lebih banyak dari barang sendiri - maafkan saya bang!)... hehe.
Jom kita lihat kawasan TBS-LRT dan Komuter KTM yang masih melalui proses pengubahsuaian.
Tak lama kami balik, pasti dah siap sepenuhnya nanti.
|
pandangan sebelah kanan..dr tempat kuberdiri.. |
|
pandangan dari sebelah kiri.. |
|
eskalator nak ke stesen LRT di seberang nun.. |
|
sebelah kiri depan tu stesen CAT-xpress ke KLIA |
|
laluan pejalan kaki berbumbung.. |
|
landasan CAT.. |
|
stesen komuter... |
|
sedang dalam penambahbaikan... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan