Assalamualaikum kawan-kawan.
Kita baru sahaja meninggalkan tahun 2011. Maka terbitlah tahun baharu -2012. Sekejap je masa berlalu melewati usia kita. Bagaimana dengan amalan dan pergaulan kita sebelum ini?
Apakah azam tahun 2012? Adakah bakal terlaksana?
Segala persoalan akan dijawab oleh diri sendiri.
Hampir setahun sebagai perantau dan berada di bumi Sarawak ini banyak mengajar erti kesabaran dan ketabahan. Sabar untuk belajar loghat BM Sarawak, sabar dalam memandu di jeraya dan sebagainya.
Serta tabah bila berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan.
semoga ada sinar kecemerlangan dan cahaya keimanan yang baik untukku.... |
Semoga juga ada sinar kerajinan untuk berbuat sesuatu dengan lebih cemerlang,
dapat memuaskan hati diri sendiri dan orang lain, menghasilkan dan menggapai impian yang dicita.
Ya Allah, Ya Tuhanku..berilah aku kekuatan untuk melaksanakan azamku, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala rintangan di hadapan, kasihilah aku, angkat darjatku, berilah petunjuk untukku berbuat kebaiakn dan istiqamah mematuhi suruhan-Mu dan meninggalkan larangan-Mu... berikanlah kesihatan yang baik untukku dan keluargaku. Hanya Engkau Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Mu, Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan