Selasa, 13 Jun 2017

Jalan-jalan ke Sabah 2

Kita sambung cerita dan gambar ke Sabah...Sebelum ni gambo epot je kan (mesti boring kans?haha). Kita sambung lagi...Keluar dari epot je, ambik sewa kereta dan aku rela jadi pemandu, encik suami baca waze..haha. Naik flight pagi, pastu sampai haruslah carik sarapan kans. Misi nak cari tempat makan yang femes, sekali sesat daa dan tempat tu dah tak wujud. Siap berjalan kaki, jumpalah untaian pokok besar, teruja dan bergambar..haha. Kami teruskan perjalanan lagi untuk bermalam di Kundasang sambil carik restoran, perut minta diisi.
 Selamat Datang ke Kota Kinabalu
Inilah untaian pokok besar tuh..menarik kan kalau bergambar kat sini...

 Panas wey walaupun baru pukul 9 pagi. Menapak balik semula ke kereta.
Sempat merakam kenangan kat rumah atas air. Menurut penduduk kampung, kedai makan (sarapan) yang kita cari tuh kat belakang kami je (tak jauh dari epot) tapi dah takde dah..hehe 
Cari punya cari, jumpalah restoran ala-ala mamak (jam nak masuk pukul 10 pagi). Cari makanan berat teruslah jawabnya - makan nasi berlauk. Nampak tak gambo pisang kat bawah nih? Tepek bukan sebarang tepek. Tepek sebab ada cerita di sebaliknya. Macam seram je bunyinya kans..haha. Kalau kita makan kat kedai mamak ke restoran ke, setiap ulas pisang adalah free hokey! Amal sedekah jariah. Tapi kat sini kena bayar, seulas 50 sen. Ini KK ye Suhana! Itu jelah ceritanya..hehe.
Jom sambung cerita dan perjalanan kami.
Pernah sekali ke Kundasang dengan melalui jalan raya yang berbukit-bukau. Perlu berhati-hati. Kali ni aku yang memandu, lagi perlu waspada (brek kereta tak berapa mencengkam). Sepanjang jalan kami nikmati pemandangan semulajadi yang indah dan hebat. Subhanallah! Kami sempat singgah di Lapai View (rumah orang di lereng bukit yang turut menyediakan perkhidmatan tandas!) untuk melihat gunung-ganang yang cantik.
 Encik Suami membantu mengambil gambar orang lain...hehe
Kami meneruskan perjalanan dan singgah di Pekan Nabalu yang berlatarbelakangkan pemandangan gunung-ganang yang cantik juga. Selain itu ada pelbagai barangan turut dijual. Macam-macam ada. Jom layan.




 Ni pisang tanduk ye..saiznya agak kecil sikit berbanding yang biasa.
Selesai urusan di sini, jom teruskan lagi perjalanan ke Kundasang (dah tak jauh dah). Apa ada kat Kundasang nih? Tentulah Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia. Selain itu, Pekan Kundasang terkenal dengan tanaman sayur-sayurannya yang segar. Maklumlah kawasan sejuk dan berangin. Trademarknya pula ialah sayur kobis.



 Besarkan kobis kat sini, makan setahun takkan habis! hehe...
Ok kita sambung cerita lagi....kat entri seterusnya...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...