Isnin, 12 Jun 2017

Puasa Ramadan 1438H

Assalamualaikum..
Salam Ramadan Kareem sahabatku semua.
Diam tak diam dah 17 hari kita berpuasa. Hari ni jugaklah baru ada mood menulis entri. Baru balik kampung jugak (Batu Pahat), mood sangat-sangat ke Laut Andaman! Harus tulis entri untuk kuota bulan Jun. Tahun ni tak dapat sambut puasa sebab bulan mengambang. Puasa hari kelima baru dapat puasa. Harapnya penutup nanti takde tuang puasa. Tahun ni jugak tahun gantung oven. Malas dan tiada upaya tahap atuk gaban! Orang lain dah sibuk buat kuih bagai. Ku takde rasa nak buat. Apatah lagi harga bahan kek dah melambung tinggi (macam tak kena je alasan..haha). Nak seribu daya, Suhana oii!. Nasib baiklah encik suami tak bising dengan kemalasanku ini.

Apa yang mampu ambik order kek lapis je untuk tempahan kawan-kawan adik. Balik beraya tahun ni pun macam biasa akhir balik, dua hari sebelum raya..23 Jun 2017 baru balik dan turun KL- pastu tumpang adik balik. Nak jimat kos daripada menyewa kereta. Zaman sekarang memang kena berjimat cermat. Kami kongsi bayar minyak dan tol lah nanti. Adik dua orang tak dapat beraya sama tahun nih. Sorang kerja tak dapat cuti, hari raya kesebelas (apa kesebelas??) baru dapat cuti. Tak pernah dengar situasi begitu berlaku. Biasanya hari raya keempat kelima dah boleh beraya. Apa boleh buat, kalau kerja ikut shift dan kerja di hospital, macam tulah risikonya. Sian dia, kalau dekat leh jenguk dan makan ketupat sama. Yang sorang lagi dapat beraya di Santubong, Sarawak. Nasib baik hari raya kedua dah balik semula kampung-sempat jumpa. Apa pun, beraya kat mana-mana tetap sama. Cuma keberadaan dan lengkap adik beradik beraya itu penting!

Jom cerita selingan sikit. Gambo bawah kat pinggan biru tuh, ce teka apakah dia? Lada kering u..u. Lada kering orang Sabah (sekitar Inanam). Orang Sabah ni boleh tahan gak sebab kuat pedas berbanding orang Sarawak..hehe. Sambal pedas dalam botol pun dah banyak dijual sekarang. Nak lagi sedap buh bunga kantan..memang terangkat. Masa tu pergi ke rumah sepupu mak angkat, mereka guna cili kering nih...memang bapok beso..hehe.
Hai Suhana! Puasa-puasa nilah tunjuk gambo nih.Haha..Gambo selingan je sebelum nak buka puasa petang nih. Hidangan barat ni masa kami makan di Austine BBBangi (depan restoran Red Wok). Nak cerita bukan apa, murahlah juga sepinggan nih. Makan hidangan ayam dan lembu sepinggan dalam RM8-RM12. taklah mahal sangat dan banyak pilihan. Servis pun cepat. Paling best, jus buahnya murah dan guna gelas besar (cuma kena kurangkan aisnya-sejuk wey. Almaklumlah umur dah tua...penyakit senang datang).

Ok nanti sambung cerita jalan-jalan ke Sabah ye. Masa sangat terhad.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...