Selepas daftar masuk chalet, kami turut ke Pekan Ranau sebelah petangnya. Pekan Ranau ni macam pekan koboi namun segala kemudahan banyak disediakan.
Tuangan air teh berlatarbelakangkan Kinabalu!
Sempat ke pasar malam cari minum petang...
nampak menarik je susunan kuihnya...nyumm
Selepas selesai meronda di Ranau, kami pulang semula ke Kundasang untuk makan malam. Dalam perjalanan sebelum nak makan malam, mari kita nikmati pemandangan puncak Kinabalu sayup menggamit rasa kagum dengan kekuasaan Allah SWT dan juga melihat sayuran, bunga yang ada.
Tak menginap kat sini tapi tumpang makan malam jer..
Perut masih kenyang sebab baru je minum petang. Nak alas perut, makan mihun goreng seafood jer.
Sambil menikmati makan malam, melihat kabus tersingkap di Kinabalu...Subhanallah...
Kabus Kinabalu malu-malu menutupi puncak gunung dan kemudiannya hilang lalu menyerlahkan keindahan puncakmu!
Ok selesai makan malam, jom balik chalet, bersihkan diri, solat dan tidur. Esok nak balik KK dah.
cerita bersambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan