Selepas sampai di Pekan Kundasang, tak lengkap lawatan kalau tak pergi ke Dairy Farm - Desa Castle (Sabah) Sdn. Bhd. (kawasan ternakan lembu yang luas dan terletak di kawasan tinggi dan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu). Selain ada pemandangan yang cantik, adalah ternakan lembunya ye dak? Siap ada kilang memproses susu lembu, aiskrim dan dadih. Memang wajib datang sini untuk menikmati pemandangan yang indah seperti di luar negara.
Ni pintu masuk ke ladang, kena bayaran berdasarkan per kepala (tak hengat berapa RM). Pastu setiap kenderaan akan melalui takungan air bagi mengelakkan jangkitan penyakit pada lembu.
Gambar bawah: Gambaran pintu masuk sebelah belakang semasa kami balik.
Saujana mata memandang...nampak hijau segar je kans! Subhanallah.
Banje gambar tuan rumah sekeping dua...
Inilah bangunan utama yang menggamit kedatangan pelancong di samping kawasan sekitarnya...
Tak dapat lihat secara langsung proses perah susu, ambik gambo je sedia ada...
Masa kami sampai belum tiba masa mereka nak perah susu (kalau tak memang boleh join). Pukul 2 petang baru boleh join. Apakan daya, kami kejar masa untuk daftar masuk chalet.
Jangan lupa rasa susu segar dari ladang dan aiskrim gelatonya yang sedap gak.
Sempat beli dan makan panas-panas waffle inti peanut yang mewah...sedap terangkat!
Tak sempat nak bergambar kat batu bosa kat gambo bawah nih...hehe
Indahnya bumi Kundasang. Subhanallah, rugi kalau ke Sabah tak pergi kat sini.
Pemandangan bawah ni masa kami menuruni bukit - menghijau...
Puas ke sini, moh daftar masuk ke chalet.
Yang ni bukan kawasan penginapan kami ye. Ini kawasan Taman Kinabalu yang terletak di kaki Gunung Kinabalu untuk pendaki. Kami pernah pergi ke sini tapi kali ni memang tak sempat nak naik atas sebab perlu menapak untuk ke pejabat mereka.
Pemandangan sekitar chalet. Alhamdulillah encik suami menempah bilik di bahagian atas awal. Jika tidak, akan menginap di bilik bawah-agak curam. Sejuk, jangan cakaplah. Memang chalet ni jimat elektrik sebab tak perlu pasang ekon. Cuma perlu pasang pemanas air. Sejukkk nak mandi! Nasib baik sehari je menginap di sini!
Pemandangan sekitar chalet memang cantik. Boleh nampak puncak Gunung Kinabalu juga!
Puncakmu menggamit kedatangan kami!
cerita bersambung lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan