Khamis, 15 Jun 2017

Tamat Latihan Industri

Pada 5 Mei 2017, tamatlah latihan bagi pelatih industri di DBP Cawangan Sarawak, Cik Jasy dan Cik Ariana yang cantik dan rajin (pelajar dari USM, Pulau Pinang). Seronok dapat bekerja dengan mereka. Sentiasa bersemangat dan rajin buat kerja. Habis satu tugasan je, dah minta tugasan baharu. Dalam masa tiga bulan, mereka banyak belajar dan rajin menjalankan tugasan. Selamat maju jaya buat mereka.
 Kanan sekali: Ariana
 Jasy...praktikal di Unit Penerbitan
Selingan:
~ Sempena Ramadan Kareem tahun ini kucuba untuk solat Isyak dan terawih di masjid. Biasanya kami akan ke masjid dalam kawasan perumahan polis di Tabuan. 10 ke 15 minit sebelum masuk waktu, barulah kami bergerak ke masjid. Masjid tersebut antara masjid yang terdekat dari rumah kami (takdak masjid di kawasan taman). Usai terawih dan witir, pulang rumah dan cuba mengaji (aku suka baca dua muka surat dan baca terjemahannya). Terpulang pada kemampuan masing-masing. Ada yang cuba khatam Quran dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
~ Menjelang Syawal kali ini pun, kemalasan aku untuk membaking kek bagai. Memang malas! Jawabnya, tempah kek lapis je lah nampaknya (gantung oven sementara). Dan raya kali ini rasanya lebih bersederhana. Adik laki bertugas hingga raya kesebelas! Reha dan Rayyan balik Santubong, raya kelima baru pulang BP..huwaa..Boring plak bila Rayyan takde. Tinggal Hadi seorang.
~ Kawan-kawan dah ada yang balik Malaya, pulang kampung tercinta minggu nih. Kami hanya mampu balik jumaat minggu depan. Kapal terbang konpem penuh dan ramai cikgu yang baru bercuti selepas habis kelas jumaat depan. Epot konpem sesak. Kami turun KL dulu baru pulang BP tumpang adik kembar nampaknya.
~ Selamat menjalani ibadah puasa untuk 10 hari yang terakhir ini. Semoga bertemu malam Lailatul Qadar dan semoga segala ibadah puasa, solat, berbuat kebaikan akan diterima Allah SWT..Aamin
~ Hati-hati pulang ke kampung ye sahabat semua. Selamat menyambut lebaran. Maaf zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...