Jumaat, 10 Jun 2011

Hijau.

Sementelah dapat balik ke rumah sendiri, sempat kumerakam
gambar kawasan hijau rumahku - tanaman pokok bunga, pisang
dan pokok berdaun. Hilang rasa rindu pada kawasan laman depan
atau belakang rumahku...
taman mini
pokok mulberi..kali ni belum berbuah lagi..(dah dua kali berbuah)...
pokok delima...
daun kaduk..nyum nyum...sedap..
pokok nenas dalam pasu...hehe
Tak lupa juga pada ikan guppi kesayangan kami - yang semakin
hari semakin bertambah pembiakannya (jiranku rajin membelainya
dan memasukkan jari jemari untuk disentuh oleh guppi).
tengoklah daun teratai ni..sungguh meriah...
sebahagian ikan guppiku..hidup bersama siput kecil (menumpang kasih)
berwarna-warni...
di celah-celah kehidupan...di bumi bertuah...


Tambah menggembirakan, apabila pokok pisang berangan
di belakang rumah jiranku telah berbuah (asal baka dari pokok abah kami)
dengan mengeluarkan lapan sisir jajaran buahnya-alhamdulillah.
pokoknya besar dan sisirnya banyak-alhamdulillah...
sejuk mata memandang..pokok yang lain juga sedang menanti giliran untuk berbuah...
Teruja juga bila melihat pokok pisang lemah manis telah mengeluarkan jantungnya. duk di belakang rumah dengan
sekangkang kera je kawasan tanahnya. Berkat usaha dan izin
dari Allah SWT jua, dapatlah tanaman yang ditanam
mengeluarkan hasil dengan baik.
pokok pisang lemak manis-anak pokok pemberian kak Nab...
ni anak pokok yang lain-sedang dan akan membesar...
pandangan dari sisi...

berjiran dengan pokok pisang berangan yang sedang membesar...
Kami tak risau sebab kebaikan jiran yang banyak membantu
dan menguruskan kelangsungan hidup pokok dan guppi kami.
Terima kasih jiran-jiran tersayang.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...