Ahad, 26 Jun 2011

Ikan Tahai...

Pernah dengar tak ikan Tahai yang juga digelar 'dadah' disebabkan ketagihan
untuk makan ikan nih berulang kali dek kesedapannya. Ku sendiri tak pernah
makan. Cuma buat masa ni nak berkongsi sikit maklumat yang kuambil dari
Mr. Gugel.
     Ikan tahai ni terkenal di Lawas (kawasan utara di Sarawak) dan Limbang.
Ikan tahai ni juga sejenis ikan salai daripada spesis aur-aur atau ikan tamban.
      Ikan ni dipercayai boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit termasuk
untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas
dan melegakan sakit badan.
     Ikan ni sesuai dibuat sambal dan dimakan bersama kelupis, lemang, roti,
nasi lemak atau ketupat. Ikan tahai yang ditumbuk dicampur dengan lada,
asam jawa, garam, pak aji, gula dan cili boh.
    Harga Ikan Tahai mengikut musim. Jika memang musim Tahai, ia di jual 
dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Tetapi kalau bukan musim, harganya boleh 
mencecah RM28 sekilo. 
    Apa kelebihan Ikan Tahai - boleh disimpan berbulan-bulan 
apatah lagi jika di simpan di dalam peti sejuk . Nanti jika ada peluang,
ku akan ceritakan lebih lanjut tentang ikan tahai ni dan cuba merasai sendiri.
    Siapa yang nak mencuba, boleh hubungi yang berkenaan di bawah yer...
(abaikan gambar sebelah atas-tu telur ikan terubuk, tapi kalau nak juga, boleh
je tempah)....Kak Mohaini sesuai kalau nak tempah sebab ada nama wak
'Safar'..jangan marah ye kak..kegurauan jer....hehe
ni untuk harga di Kuching, kalau di Lawas, agaknya lebih murah lagi....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...