Ahad, 26 Jun 2011

Tipah tertipu...eh silap!

Kali ni bukannya cik Tipah yang tertipu, tapi cik Suhana yang kena tipu.
Macam suspens je bunyinya..haha...takdelah apa sangat. Dengan perancangan
penuh teliti, encik suami berjaya membuat gurauan tahap gaban padaku.
   Ceritanya begini...pendekkan...Ku sekarang ni suka beno minum air teh
bunga dalam kotak. Kurajin beli yang rege RM2 sekotak besar tuh. Selalunya
memang bergilir minum dengan encik suami. Sampailah ketika nak habis,
kami salinng memahami dan akan habiskan macam biasa.
   Tapi pada satu tahap tu, kuperasan yang rasa air tu lain sedikit namun manisnya
tetap sama. Kuteguk dan habiskan seperti biasa, sehingga tegukan kali ketiga dan
terakhir, ku masih tak perasan lagi dan memang pelik sebab rasanya memang lain.
   Ghupa-ghupanya semasa ketiadaanku, encik suami telah memasak teh bunga
yang sedia ada dalam simpanan dan berjaya mengubah suai rasa seakan-akan
rasa sama yang ada dijual di pasaran.
malas nak sebut panjang- krisantimum..teh bunga kan senang...hehe

   Bila ku menyatakan kelainan pada air yang kuminum itulah, barulah encik suami
buka cerita...apakan dayaku, Suhana telah tertipu! Encik suami berjaya menyelesaikan
misi gurauannya tahap gaban...terima kasih suamiku..hehe..sehingga saat ini akan
menyebut 'teh' yang merujuk kepada teh bunga untuk mengusikku....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...